ALHAMDULILLAH!

Penantian selama 6 bulan akhirnya membuahkan hasil. Hasil yang selama ini kami tunggu-tunggu. Ayah dan emak sangat gembira dengan perkhabaran kali ini. Mereka akan bergelar maktok dan to'ki tak lama lagi. Saya berdoa kepada Allah SWT agar semuanya berjalan dengan sempurna dan lancar.

Bersyukur kehadrat Ilahi di atas rezeki dan rahmatNya yang telah dilimpahkan kepada kami seisi keluarga.

Hasil UPT pada hari Ahad baru-baru ini

Hanya Allah SWT sahaja yang tahu betapa gembiranya hati ini. Semoga dengan kehadiran 'orang baru' dalam hidup kami ini akan menambahkan lagi keceriaan dan keharmonian rumahtangga kami, insyaAllah. Amin..

Muka gembira mama-to-be

Hopefully semuanya selamat. :)

LANGIT TAK SELALU CERAH

Bak kata pepatah, "langit tidak selalu cerah, hidup tidak selalu indah".. jadi masa untuk kehidupan saya yg indah terpaksa saya abaikan buat seketika kerana masa untuk audit telah tiba..

Fail-fail perlu dikemaskini..

Mulai esok, saya harus bertungkus lumus menyiapkan semua dokumen yg diperlukan untuk tujuan audit.. 30 Jun ini merupakan tarikh akhir untuk saya perkemaskan apa-apa yg longgar.. kena bersengkang mata siang dan malam bagi menyiapkan kesemuanya.

Entri ni di auto-publish.. senak kepala otak nak fikir.. sekarang, baca blog kengkawan pun jarang-jarang.. tak tahu kenapa, tapi rasa malas untuk ber'tenet' ni semakin membuak-buak.. bayar Streamyx kat rumah pun untuk muat-turun dan baca 'sotkabar' atas talian sahaja..

'Tenet' semakin memualkan saya.. tolooooooong! serabutlah kepala hotak ni..

HAPPY BIRTHDAY HUDA YUE!

Selamat hari ulangtahun kelahiran buat isteri tercinta, Nurul Huda binti Zainal Abidin. Semoga Allah SWT senantiasa meredhai dan memelihara dia dari sebarang kesusahan di dunia & akhirat, insyaAllah.

Hadiah saya dah bagi in advance. Dua hari sebelum hari ulangtahun. Tepat jam 12.00 malam 4 Jun 2012, kami raikan hari ulangtahunnya dengan sebiji kek sahaja. Tahun ni hanya sambutan secara kecil-kecilan mampu dibuat kerana faktor ekonomi. Al-maklumlah, seorang duduk di timur, seorang di barat. Kos untuk ulang alik selama 6 bulan usia pernikahan kami dah boleh beli Perodua Kancil 850 secara tunai. :)

Selamat hari tua! hihi...

Maaf yer mucuttt.. Tahun ni kita kena berjimat cermat. InsyaAllah tahun depan kita jemput semua kengkawan yang ada. Miss u a lot. Muahhh!! Takat tu jer abang mampu..

The Popular Entry