JOURNAL RINGKAS

Aku tak rasa ramai yang membaca blog ini. Jadi, secara rasminya blog ini akan menjadi journal ringkas aku untuk dibuat rujukan dikemudian hari.

Alhamdulillah disaat aku menulis journal ringkas aku ini, usia kandungan isteri aku sudah hampir mencecah 4 bulan. InsyaAllah tidak lama lagi akan hadir 'orang baharu' dalam hidup kami. Nama sudah kami sediakan untuk 'orang baharu' nanti.

Sekejap sahaja masa berlalu pergi tanpa mempedulikan sesiapa. Pergi jauh sekali sehinggakan ia tidak dapat kita gapai dengan apa jua cara sekalipun. Yang paling hampir dengan kita, ialah mati. Setiap yang bernyawa, pasti akan mati. begitu juga kita.

Syukur ke hadrat Ilahi atas limpah kurnia-Nya dan masih memberi peluang untuk aku bernafas dan beramal. Namun, hati kecil aku merasakan yang diri ini masih kurang amalannya. Amalan yang pastinya akan membantu aku di hari perhitungan kelak. Aku cuba sedaya upaya untuk menjadi manusia berguna di dunia dan hamba-Nya yang di alam fana ini dan juga di alam barzakh nanti sehingga tiupan sangkakala membangkitkan aku semula untuk dihisab.

Aku harus tekadkan hati untuk berjuang demi Agama, Bangsa, dan Tanahair. Dan yang paling utama, aku harus kuatkan semangat aku untuk berhenti dari habit aku yang membahayakan kesihatan aku. Dengan azam dan iltizam, aku harus lakukannya demi insan-insan yang aku sanyangi.

Dengan rasminya, aku akan BERHENTI! Nashrul, you can do it. Make it possible and you will get the rewards, insyaAllah.

No comments:

The Popular Entry