UPGRADE GINGERBREAD KE ICS SAMSUNG GALAXY NOTE

Sewaktu ke kedai membaikpulih telefon tengahari tadi, aku ternampak satu ads kat kedai tu yang tulis, "Upgrade Android 2.3.6 ke 4.0.4 Samsung Note". Aku macam pelik jugak sebab benda tu rasanya tak perlu nak dihantar ke kedai untuk upgrade.

Caranya cukup mudah. Cari kopitiam yang ada Wi-Fi, lepas tu order segelas white coffee ais dan mula mengakses Wi-Fi mereka. Kalau tak silap aku, kena 3 kali upgrade dan 3 kali restart device. Bagi mereka yang langgan internet jalur lebar tanpa had, lagi senang. Tak payah ke kopitiam.

Aku pun tak faham. Nak pakai telefon canggih, tapi nak upgrade OS kena hantar telefon ke kedai. No point beli telefon canggih kalau diri tak di'upgrade' untuk semua benda-benda canggih ni.

So far, Android 4.0.x Ice Cream Sandwich (ICS) ni tak berapa nak stabil macam Android 3.0.x Honeycomb. Sebab apa aku cakap macam tu? Aku punya Galaxy Tab 2 7.0 (GT-P3100) selalu sangat 'hang' dan application pun kerap sangat crash.

Ayah aku punya Galaxy Tab 7.7 (GT-P6800) run Honeycomb elok dan tak pernah 'hang'. Kekadang sangat menyakitkan hati bila tengok Tab dia. Haha..

Aku ada baca satu artikel, Samsung sedang berusaha keras untuk buat Android 4.1 Jellybean berfungsi pada Galaxy Tab 2 7.0, Galaxy Tab 2 10.1 dan Galaxy Tab 7.0 Plus. Tak sabar nak upgrade ni. Makin bertambah lemau Tab aku selepas ni. Mesti lagi teruk dia punya 'hang'. LOL! Aku suka mencuba sesuatu yang baru. Agak-agak tak sesuai, aku format je semula.

Aku rasa nak start blogging pasal Android pulak lepas ni. Amacam? Rasa-rasa patut atau tak?

No comments:

The Popular Entry