Penipuan Tentang Kematian Jackie Chan

Dua hari lepas aku ada terima forwarded messages dari beberapa orang rakan. Message yang berbunyi Jackie Chan Dies of Heart Attack. Terkejut aku bila tengok forwarded message itu yang siap dengan link tentang kematian pelakon tersebut. Di petik dari laman web yang tidak bertanggungjawab tersebut:-
A Los Angeles hospital has reported that Jackie Chan has passed away. The legendary Hong Kong actor who appeared in over 100 films died last night following a heart attack. He was promoting his most recent film, 'Kung Fu Panda 2'. Doctors say his heavy schedule was causing extreme stress and putting too much pressure on his heart. Chan was scheduled to fly to Hong Kong today to begin shooting on his next film '1911'.

The actors family has not yet issued a statement in regards to the passing of the truly remarkable actor who died at the young age of 56. Fans swarmed Facebook after confirmation of his passing came through a source close to Chan. A couple of celebrities have also posted their personal tributes through face book. Will Smith; “A remarkable actor, he will be forever missed and always in our hearts. RIP Jackie. x”
Even United States President Barack Obama laid down a personal tribute to the martial artist saying: “Jackie Chan is a man who can talk through talent, he is a constant reminder of the strength of humanity. He will forever be in our hearts, a true inspiration who inspired many generations. First it's Nate Dogg then it's Jackie Chan."

MTV will be holding a special memorial for Chan on Friday


Perkara seperti ini boleh mencetuskan kontroversi dikalangan peminat dan juga ahli keluarga beliau. Pihak yang bertanggungjawab tidak seharusnya menyebarkan berita palsu seperti ini. Apa pun, persoalan telah terjawab dan ianya telah pun disahkan. Sila rujuk sumber yang aku dapat petang semalam, tetapi tak berkesempatan nak publish semalam.

Kepada mereka yang ada menerima forwarded message seperti itu, buang sahaja. Jangan anda semua teruskan forward mesej tersebut. Ianya tidak benar sama sekali. Sebenarnya, laman web yang menyiarkan berita kematian Jackie Chan itu merupakan sebuah laman web yang mengandungi malware. Berhati-hati ketika anda berkeliaran di dunia maya ini.

Aku hanya menyampaikan apa yang aku rasa patut aku sampaikan. Semalam terasa macam nak terberak je bila dengar Jackie Chan mati. Baru ingat nak mintak Mitsubishi Evolution 9 Versi JC! Hahaha...

Faktor Kritikal Peserta Fertigasi

Isu/masalah serta pemantauan.

1. Harga tidak stabil - Pengeluaran tidak konsisten

  • Maklumat pasaran terhad
  • Jadual penanaman/pemasaran lemah
  • Cuaca tidak stabil

2. Kurang saluran pasaran - Maklumat terkini lambat /prasarana hubungan canggih di Malaysia.

3. Kurang maklumat pasaran - Penyebaran terhad dan tidak menemui sasaran.

4. Kurang prasarana - tidak menggunakan prasarana secara berkesan, tidak menggunakan maklumat secara optima.

5. Bekalan tidak terjamin - Mengikut musim dan selera petani

6. Tidak memenuhi pasaran - Masih mengutamakan pengeluaran daripada pilihan pasaran

7. Perlaksanan peraturan - Perubahan akta dan peraturan undang-undang tertentu.

8. Sistem pembungkusan - Mengikut selera penjual dan keadaan komoditi.

9. Persaingan - Perkara biasa di dalam pasaran.

10. Kurang pendedahan - Kebanyakan petani buta maklumat.

11. Kualiti penyimpanan - Genetik baru/genetik ubahsuai.

Sumber : http://hotcili.blogspot.com

Nota kaki fertigasi : Inilah cabaran utama aku nanti. Mudah-mudahan aku dapat mengatasi beberapa permasalahan di atas dengan baik, insya'Allah.

Gempa Bumi di Myanmar

Sedang Jepun masih dalam keadaan trauma akibat gempa bumi dan Tsunami, baru sebentar tadi Myanmar pula yang mengalami gempa bumi.

Gegaran berukuran 6.9 pada skala Richter menggegarkan bumi Myanmar. Gegaran turut dirasai oleh penduduk di Chiang Rai, Thailand. Daerah sempadan Myanmar—Thailand. Namun tiada Tsunami yang terhasil daripada gempa bumi tersebut.

Ikuti berita terkini tentang gempa bumi tersebut di sini.

Libya dan Gaddafi

Tentera US sedang bertungkus lumus mengaman Libya sekarang ni. US mempunyai agenda tersendiri sebenarnya disebalik usaha mengamankan Libya.

Sesuatu perkara baik yang dilakukan US bukan dengan niat yang ikhlas. There must be a price of the good deeds yang mereka buat. Untuk pengetahuan semua, Libya juga mempunyai sumber petroleum dan gas.

Teringin nak lihat US tolong bumi Palestin sewaktu mereka diserang oleh Israel laknatullah. Oh! Lupa pula aku. Bumi Palestin tak ada sumber petroleum dan gas. Mana mereka nak tolong tanpa mendapat balasan. US ni tamak sebenarnya.

Rakyat Malaysia, berjaga-jagalah. Negara kita mempunyai sumber petroleum dan gas yang sangat banyak. Yang terbaru, ahli geologist telah menjumpai satu sumber yang sangat berharga iaitu rare earth di bumi Malaysia. US memang tengah tunggu negara kita huru-hara macam Libya untuk mereka campur tangan.

I start to hate US. Really.. No hard feelings to American. I hate your government, and their cronies.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Pertubuhan Peladang

Dua hari lepas, aku ada terbitkan entri tentang sektor pertanian yang sedang aku ceburi sekarang. Mungkin ada di luar sana yang ingin mengetahui serba sedikit tentang sektor ini. Banyak lagi sebenarnya ilmu yang aku harus pelajari di dalam sektor ini. Antaranya, penyakit-penyakit tumbuhan dan bagaimana untuk mencegahnya.

Tetapi, entri kali ini bukan aku nak bercerita tentang semua tu. Entri kali ini, aku hendak bercerita tentang Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan fungsinya di dalam sektor pertanian dan perladangan.

Logo LPP

Penubuhan LPP adalah bertujuan menggalak, mempergiat dan mengusaha kemajuan ekonomi dan sosial Pertubuhan-pertubuhan peladang. Yang kedua, untuk mendaftar, mengawal dan menyelia Pertubuhan-pertubuhan Peladang dan mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Fungsi yang ketiga, jika satu pengisytiharan telah dibuat melalui pengumuman di bawah seksyan 10, untuk merancang dan melaksanan sesuatu pembangunan pertanian di dalam Pertubuhan Peladang Kawasan berkenaan. Dan yang terakhir, untuk mengawal dan menyelaras pelaksanaan aktiviti-aktiviti tersebut.

Objektif penubuhan PP adalah untuk meningkatkan taraf ekonomi dan sosial, menambah pengetahuan dan kemahiran, meninggikan hasil dan pendapatan dan membaiki cara hidup ahli-ahli serta mewujudkan masyarakat peladang yang progresif, berdikari, makmur dan bersepadu.

Jadi, kepada anak-anak muda yang berminat untuk menjadi seorang petani moden, apa kata anda mendaftar sebagai ahli Pertubuhan Peladang sekarang! Yuran pendaftaran hanya RM2 dan anda dikehendaki untuk membeli saham LPP sebanyak 10 unit dengan harga RM1/unit.

Kenapa Cili?

Aku tak pasti ada tak orang yang ambil peduli pasal projek aku kali ni. Mungkin ada yang mengetahuinya dan mungkin ada yang tak mempedulikannya.

Projek aku yang seterusnya, menanam cili secara fertigasi. Tetapi, kenapa cili? Bukan kerana aku ingin mengejar kekayaan semata-mata berikutan harga pasaran cili yang sedang melambung tinggi lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan dan musim tengkujuh nanti. Aku ada matlamat aku yang tersendiri.

Cili yang diusahakan secara fertigasi. - myagrobiz

Cili merupakan bahan asas di dalam setiap masakan Melayu. Ramai yang tidak berani mengambil risiko untuk menanam cili kerana ia sangat cerewet untuk dijaga. Aku akui, pokok cili sangat sukar untuk dijaga. Kemungkinan untuk pokok-pokok cili mati adalah sangat tinggi jika dibandingkan dengan tanaman lain.

Aku andaikan ini adalah satu kerja yang sangat GILA. Tetapi, siapa tahu? Mungkin rezeki aku letaknya di sini. Allah Ta'ala telah berfirman, "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka" - Ar-Ra’du:11

Usaha itu adalah satu perkara yang harus aku lakukan demi berjuang mencari rezeki dan perjuangan aku ini haruslah berlandaskan Islam dan menganggap ianya sebagai satu ibadat. Insya'Allah.. Doakan kejayaan aku nanti! Amin.

Jam Biologi Aku

Seriously, aku dah tak tahu macam mana nak restart jam biologi aku sekarang ni. Susah sangat nak tidur seperti manusia normal. Esok mula aku rasa nak marah-marah orang, moody, sakit-sakit kepala, stressful dan lain-lain lagi kesan yang negatif.


Aku tak tahu macam mana untuk aku membetulkan apa yang tidak betul sekarang ni. Aku cuba untuk baring dan baca buku (petua orang lama untuk mudah tidur), masih juga tidak berhasil. Cubaan demi cubaan telah aku lakukan. Namun masih bertemu jalan buntu. Nak rasanya aku telan ubat tidur, tetapi aku ada terbaca mengenai kesan yang tidak baik ubat tidur terhadap tubuh badan especially buah pinggang.

Aktiviti aku sewaktu korang semua sedang nyenyak tidur ialah; blogwalking. Sangat-sangat efficient untuk menongkatkan lagi mata aku ni. Terutamanya bila aku blogwalk ke On D Scene, Blogserius, dan beberapa blog yang lain lagi. Ianya seakan memaku mata aku rapat ke skrin laptop ni untuk terus membaca setiap artikel yang dicoretkan di blog tersebut.

Yang paling mantap bila blogwalk ke On D Scene ialah gambar-gambar kemalangan maut yang sangat mengerikan. Aku jadi semakin ralit membelek blog tu. Dari satu entry ke satu entry yang lain aku klik. Last-last tengok jam dah pukul 0400am.

Aku ambil keputusan untuk update blog yang dah 2-3 hari tak diupdate. Dah macam ada expiry date macam roti Gardenia. Idea takde, otak dah jadi sempit sikit sebab selalu tak boleh tidur sebelah malam. Jam biologi aku dah lari settings. Nak kena modify balik settings supaya aku boleh kembali hidup normal macam korang semua.

P/s: Addictive yang terbaru, blog Abang Zul ni pulak. Dia ni ex-Coach Captain yang beralih angin ke Long Hauler / Trucker. Memang aku pernah ada cita-cita untuk menjadi Long Hauler satu ketika dulu. Bila baca blog dia, buat aku lagi ingin terus membaca kerana minat yang mendalam tu ada. Pernah pandu truck 3 tan tahun lepas. At least pernah ada pengalaman memandu truck, walaupun kecik. Hihihi..

Land of Hope

This will be the Land of Hope for me and my partner, Zulhilmi. We've planned to make changes to this land.

Just wait and see. :)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tandus

Sorry guys, aku dah ketandusan idea buat masa sekarang ni. Akan cuba untuk publish dari semasa ke semasa.

Bulan ni koyak sikit. Kena usaha lebih, kalau tak rabak. Hehehe...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Live Update Dengan BlackBerry Anda!


Aku tahu yang ramai tentu dah tahu macam mana nak update secara live. Nama blog ni pun blackbinder.net, so focus utama aku create blog ni adalah untuk simpanan maklumat bagi rujukan di masa akan datang.

First and foremost, sila klik Settings di dashboard blogger.com anda.

Kemudian, klik pada tab Email & Mobile.

Pada Posting Options, sila masukkan ke ruangan kosong di Email Posting Address tu kata laluan yang ingin anda gunakan. Terpulang pada anda untuk memilih apa juga perkataan sebab aku tak kesah sangat pon. Aku dah ada aku punya sendiri.

Lepas tu, sila klik Save Settings dan tunggu sampai ianya sudah diproses.

Selesai satu perkara. Yang seterusnya, sila beralih ke BlackBerry anda.

Klik pada Messages, kemudian klik pada butang BlackBerry sehingga muncul menu penuh. Pilih Compose Email dan anda masukkan alamat yang telah anda tetapkan di dashboard sebentar tadi. e.g : tauketaugeh.sangatkaya@blogger.com

anda tulis sampai penat dan bosan. Kalau nak letak gambar, sila attachkan sekali gambar tu waktu mengarang email live entri anda tu. Lepas tu, anda klik send sahaja. Terus entri anda tu akan dipublish di blog anda.

Selamat mencuba! Take care all. Back to work now. :)

Inside My Cubical

I'm here inside my cubical at the office on Friday. Waiting for the time to hit the market.

Gosh! Hope can make profit tonight. Hehehe..

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Top Computer

Terangganu sekarang dah mantap! Ada syarikat yang bernaung di bawah kerajaan Negeri telah menghasilkan produk ICT tempatan.

Sempena dengan itu juga, syarikat terbabit telah membekalkan E-Book @ netbook kepada kesemua pelajar tahun 5 di negeri Terengganu. Ianya merupakan satu langkah yang sangat bagus dalam memperkenalkan dunia ICT kepada anak-anak kecil ini.

Ternyata langkah yang diambil ini sudah terbukti apabila ada segilintir para pelajar yang lebih mahir menggunakan komputer berbanding guru-guru. Melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Terima kasih Kerajaan Negeri Terengganu dan TOP IT kerana berjaya memantapkan lagi dunia ICT di Terengganu. Mudah-mudahan usaha murni ini akan berterusan sampai bila-bila, insya'Allah.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Milo Tabur

Baru lepas ambil parcel di Poslaju tadi. Sekali terasa dahaga pulak. Terus singgah minum di Bistro.

Tengok orang sebelah pekena roti telur banjir, tetiba sahaja perut ini memainkan lagu keroncong. Hihihi..

Mamak! Roti tulurrrrr satu..

"Siapppppppppp!"

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Goodbye February, Welcome March

Time travel so fast. Even me myself, I couldn't hardly catch it. It is already March though I feel like yesterday was the first day we celebrate new year.

What are your achievements in February? I still have a month or so to start paying all the debts. Insya'Allah, I will try to settle all of it in 3 years time and ready to keep on track after that period. Next year, I'm getting married. Have I prepared myself for it? Maybe YES, maybe NO is the answer. If I answer it YES but Allah don't concede it, what should I do?

***

Allah knows what is best for me and for all His servant. Allah loves us very much and we will be tested to the max before He give us something that is really beyond our expectations. Trust me! Before that, I wanted to ask myself and others. How grateful we are? How many times did we remember Allah for all that we had in this life? Seriously, A true Muslim is getting lesser and lesser each day. But why? Because we forgot the prosperity given by Him and we're drown in the modernizations.

How many of us know how our beloved Prophet Muhammad SAW defended our religion from infidel? He was struggling so hard to defend Allah's religion, Islam. How many of us know, when was the first revelation brought by Jibrail AS (a.k.a Ruh al Amin) to our Prophet Muhammad SAW? We're forgetting the gospels of our beloved Rasulullah SAW each day.

Life is getting older and older. We're washed away by today's world. Let's repent and as a Muslim, I need to  bring back the glory of Islam that our Prophet Muhammad SAW left us with. It is my duty to remind myself and all the Muslims out there. We're strong if we can unite and fight against ignorance for the glory of Islam, Allah's religion. Wake up, and 'fight'!

The Popular Entry