Seriously, aku dah tak tahu macam mana nak restart jam biologi aku sekarang ni. Susah sangat nak tidur seperti manusia normal. Esok mula aku rasa nak marah-marah orang, moody, sakit-sakit kepala, stressful dan lain-lain lagi kesan yang negatif.
Aku tak tahu macam mana untuk aku membetulkan apa yang tidak betul sekarang ni. Aku cuba untuk baring dan baca buku (petua orang lama untuk mudah tidur), masih juga tidak berhasil. Cubaan demi cubaan telah aku lakukan. Namun masih bertemu jalan buntu. Nak rasanya aku telan ubat tidur, tetapi aku ada terbaca mengenai kesan yang tidak baik ubat tidur terhadap tubuh badan especially buah pinggang.
Aktiviti aku sewaktu korang semua sedang nyenyak tidur ialah; blogwalking. Sangat-sangat efficient untuk menongkatkan lagi mata aku ni. Terutamanya bila aku blogwalk ke On D Scene, Blogserius, dan beberapa blog yang lain lagi. Ianya seakan memaku mata aku rapat ke skrin laptop ni untuk terus membaca setiap artikel yang dicoretkan di blog tersebut.
Yang paling mantap bila blogwalk ke On D Scene ialah gambar-gambar kemalangan maut yang sangat mengerikan. Aku jadi semakin ralit membelek blog tu. Dari satu entry ke satu entry yang lain aku klik. Last-last tengok jam dah pukul 0400am.
Aku ambil keputusan untuk update blog yang dah 2-3 hari tak diupdate. Dah macam ada expiry date macam roti Gardenia. Idea takde, otak dah jadi sempit sikit sebab selalu tak boleh tidur sebelah malam. Jam biologi aku dah lari settings. Nak kena modify balik settings supaya aku boleh kembali hidup normal macam korang semua.
P/s: Addictive yang terbaru, blog Abang Zul ni pulak. Dia ni ex-Coach Captain yang beralih angin ke Long Hauler / Trucker. Memang aku pernah ada cita-cita untuk menjadi Long Hauler satu ketika dulu. Bila baca blog dia, buat aku lagi ingin terus membaca kerana minat yang mendalam tu ada. Pernah pandu truck 3 tan tahun lepas. At least pernah ada pengalaman memandu truck, walaupun kecik. Hihihi..
The Popular Entry
-
Bagi guru-guru yang akan mengisi Pentaksiran Aktiviti Kokurikulum ke dalam SPPBS . Di sini ada sedikit panduan berkenaan dengan jenis Badan...
-
Actually gambar ni dah nearly seminggu ada dalam berry aku. Kepada sesiapa yg berminat dlm bidang logistics. Inilah kebiasaannya tugas ka...
-
Alhamdulillah, tunang aku dah selamat dibedah dan masih dalam proses pemulihan. Dia harus berpantang makan dan dinasihatkan untuk tidak mela...
-
What the hell was in my mind before? Why I'd off-ed my system restore? My goodness! It'll be my last entry for this month until I ...
-
Daripada video ini, dapat disimpulkan bahawa pihak yahudi tergugat dengan seorang pemimpin Islam yang bernama Muammar Gadaffi. Masih belum s...
-
Bosan tak tahu nak buat apa hari ni. Aku duk merayap kat youtube cari lagu yang best untuk aku dengar. Terjumpa lagu ni. Check it out...
-
Hi, I will stop updating this blog starting from now. Hopefully this blog might be useful in the future for reference. I'm currently ac...
-
I don't know why but lately I feel like going the places that I've been before. I wanted to go to Malacca, Johor Bahru, Miri, etc ...
-
Bila tangki najis tersumbat, maka inilah jadinya. Sepetang aku timba air dalam tangki septic untuk alirkan air yg ada dalam tangki ke...
-
Tentera US sedang bertungkus lumus mengaman Libya sekarang ni. US mempunyai agenda tersendiri sebenarnya disebalik usaha mengamankan Libya. ...

No comments:
Post a Comment