Aimi Jarr Meninggal Dunia

Credit—SinemaMalaysia

Al-Fatihah buat Allahyarham Omar Puteh, 72 atau lebih dikenali dengan nama Aimi Jarr yang telah kembali ke rahmatullah pada pagi 10 Mei 2011 akibat serangan jantung.

Allahyarham meninggal dunia di rumahnya di Taman Melawati dan telah meninggalkan seorang balu, Noriah Ishak, 74 dan tiga orang anak iaitu Norimy Jarr, Norlisda Jarr dan Romy Jarr.

Penglibatan Allahyarham dalam industri seni tanah air sebagai pelakon dan penulis akan terus disimpan di dalam hati setiap insan yang mengenalinya. Arwah juga merupakan seorang bekas wartawan hiburan.

Jenazah Allahyarham telah selamat dikebumikan selepas waktu Zuhur (10 Mei) di Tanah Perkuburan Klang Gate Baru, Hulu Kelang.

Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah S.W.T. Amin...

Profil Allahyarham Aimi Jarr.

No comments:

The Popular Entry