2.5" Seagate GoFlex 500GB

Akhirnya, dapat jugak aku beli external hard drive untuk aku simpan semua files yang ada dalam laptop aku ni sebagai backup di kemudian hari.. risau tetiba laptop usang aku ni crash je satu ketika nanti.

Aku beli external hard drive ni dengan harga RM250. Ya! Aku akui yang harga tu sangat mahal.. lepas beberapa hari aku beli hard drive ni, tetiba aku tertengok satu kedai di area Kemaman ada menjual brand dan model yang sama di jual dengan harga RM220! Rugi?


Tak terasa sangat sebab aku dapat beg Seagate, kat kedai yang murah tu takde kasi beg tu.. Kos untuk beli beg tu pulak dah berapa?

Anyway, aku nak bercerita pasal external hard drive aku bukannya nak bercerita tentang untung rugi aku beli benda alah ni..

Seagate GoFlex Ultra
Apa yang buat GoFlex aku ni special ialah beg dia siap ada logo Seagate dan juga tulisan Seagate di belakang beg tu. Aku pilih warna hitam sebab ianya warna kegemaran aku. Sekarang ni, semua kerja-kerja aku dah boleh aku masukkan ke dalam GoFlex ni.

Ke mane sahaja aku nak pergi, dah tak perlu bawak laptop ke hulu ke hilir. Next target aku, nak beli sebijik netbook dengan size internal hard drive yang kecik. Harga pasti lebih murah dari biasa. Aku cuma perlu bawak netbook dengan GoFlex je. Mudah dan ringan!

GoFlex completed with cable USB2.0

Kalau sesiapa berminat nak beli dengan harga RM220, meh sini aku tolong belikan. Tapi postage ditanggung oleh buyer la. Aku dah tolong beli, kira OK dah tu.. For interested person yang reside area Kemaman, delivery is F.O.C. Just call aku and kita arrange a meet up.. Kan ke lagi mudah macam tu. Boleh mengeratkan silaturrahim sesama penggila gadgets ni! Hahaa....

4 comments:

Anonymous said...

murah gak tuu...boley tahan...beg seagate tuu cam ne?die utk balut hardisk tuu ker?

Nashrul Sabri said...

beg seagate tu macam gambar yg aku baru upload. actually dia balut external hard drive tu. aku tanak sebut casing since orang akan assume casing tu adalah casing yg balut luaran hard drive tu.. hehe...

Aleen Aiden said...

alin xde external hard drive sbb kos alin xpnah ade esaimen,jadinya lappy alin hanya d gunakan utk smpan lagu dan movie serta gamba serba sedikit.keh3

Nashrul Sabri said...

hehe.. terima kasih kerana tinggalkan komen.. nas beli external ni pon bukan apa.. laptop nas dh usang.. semua data yg ada dlm laptop tu nas buat backup kt dlm external ni.. bila laptop tu jahanam terus, takdelah nas rasa terkilan sangat sbb nas dh backup semua data yg ada.. ;) langkah berjaga² je..

The Popular Entry