UNIT AMANAH BANK ISLAM

Sebenarnya, Amanah Saham Bank Islam (ASBI) adalah unit amanah. Ramai yang keliru dan bertanyakan tentang dividen dan juga risiko yang bakal dihadapi apabila anda melaburkan duit anda di ASBI.

Baiklah, biar aku terangkan serba sedikit tentang ASBI kepada anda semua memandangkan aku telah pun berjumpa dengan Branch Manager Bank Islam Malaysia Berhad cawangan Ayer Keroh, Melaka dan beliau menerangkan dengan teliti tentang ASBI ni.

Yang pertama, korang perlu tahu.. Terdapat 3 pilihan pelaburan di dalam ASBI. Yang pertama, dana berisiko tinggi Al-Falah. Seterusnya, dana berisiko sederhana Al-Munsif dan yang terakhir, dana berisiko rendah Al-Fakhim. Dua dana yakni Al-Falah dan Al-Munsif merupakan dana campuran aset seimbang berlandaskan hukum syariah Islam, manakala Al-Fakhim adalah berbentuk bon mengikut syariah Islam.

Ramai yang masih pening dengan ASBI ini berikutan nama "Amanah Saham" itu. Biar aku terang sikit beza ASBI dengan Amanah Saham Bumiputera (ASB) kat sini.

ASBI adalah ditanggung oleh pihak swasta, iaitu Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) manakala ASB pula ditanggung oleh kerajaan Malaysia. Oleh sebab itu, ASB ni dia punya risiko sangatlah rendah. Padanlah dengan pulangan dividen yang diberikan juga. Jadi, ASBI atau ASB.. anda yang tentukannya.

Rujuk fig. 1 untuk anda semua fikirkan samada ASBI atau ASB.

Fig. 1: Klik pada gambar di atas untuk besarkan.

Lupa pula nak letak kat sini.. bagi mereka yang berminat dengan ASBI ni, sila rujuk di cawangan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) yang berdekatan.

Untuk mengetahui harga semasa. Sila pilih nama dana yang anda ingin lihat, di bawah:-
  1. Al-Falah 
  2. Al-Munsif 
  3. Al-Fakhim
"Jika takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai."

Sekian, terima kasih semua kerana sudi meluangkan masa membaca blog ni. Aku akan cuba memberikan lebih informasi berguna setiap ketika. Jika ada salah dan silap, harap dimaafkan. Sila tinggalkan komen jika terdapat kesilapan dari segi fakta. Selamat melabur!

5 comments:

Anonymous said...

berapa kos nak buka akuan ASBI?

Nashrul Sabri said...

Anonymous
Aku tak ingat berapa kos minima untuk buka akaun ASBI. Nanti aku tanya semula dan update kat sini.

aim.. said...

Assalamualaikum..

nak info tentang ASBI, blh refer pada link ni.
http://bimbinvestmentunittrust.blogspot.com/

TQ..=)

Authorised Dealer Quantum Metal said...

Assalamualaikum,

Saya consultant dengan Kenanga Investors.

Yang berminat untuk tahu tentang pelaburan yang ditawarkan oleh Kenanga boleh hubungi saya - 01115484137 atau email zunaidi.ahmad@gmail.com

Kenanga Investors adalah milik penuh Kenanga Investment Bank.

Unknown said...

Assalam...
asbi ada dana baru idividend fund. Provide dividend stiap thn. Ini dana paling popular amongs other fund. Berminat hubungi konsultat anda 0167125964

The Popular Entry