DARIPADA OS5 KE OS6 SECARA MANUAL

Selepas 2 hari aku cuba buat wireless update, BlackBerry Desktop Manager indicate tiada update untuk BlackBerry tunang aku. Bengang tak hingga.. Selepas semalaman, akhirnya aku berjaya mengupdate OS5 yang tak berapa nak cantik user interfacenya kepada OS6 yang sangat elegance user interfacenya.


Selepas reboot yang terakhir, aku setup wi-fi untuk BlackBerry dia dan aku dapat satu software yang sangat menarik dan best (bagi mereka yang suka buat tutorial). Antara screenshot untuk setup wi-fi yang aku capture guna software tu.







Menarik jugak lah benda alah ni. Tak sia-sia aku berjaga sampai pukul 0300hrs untuk siapkan penukaran OS. Bangun sahur pun mata rabak je. Rasa macam nak sembam muka dalam pinggan nasi! Haha..

Dari 96 ke 144 manhours

Hari ni aku dapat tarik nafas lega selepas 144 manhours menyiapkan pagar dan modifikasi paip flow meter di atas supply boat JHW Sapphire milik JHW Reels Sdn. Bhd.

144 manhours adalah bersamaan dengan 6 hari. Aku jangkakan masa yang diambil untuk kerja-kerja membina pagar adalah 96 manhours atau 4 hari. Selepas itu, aku terima arahan daripada Vessel Master untuk membuat kerja-kerja modifikasi terhadap paip diesel untuk pemasangan flow meter.

6 orang manpower lagi terpaksa dikerah memandangkan kerja-kerja tersebut harus siap di dalam masa 48 manhours. 24 manhours telah aku habiskan untuk membeli paip dan fittings bagi kerja-kerja tersebut. 24 manhours lagi telah dimanfaatkan sebaik mungkin oleh manpower aku.

Meskipun berlaku beberapa kesilapan kecil, kerja masih lagi on track dan dapat disiapkan sepenuhnya tepat pukul 1900 hours. Alhamdulillah..

Insya'Allah JHW Sapphire akan longside semula pada minggu hadapan untuk kerja modifikasi paip diesel bagi genset ke-2 dan ke-3. Mudah-mudahan rezeki ini senantiasa datang agar dapat aku menyempurnakan hajat aku untuk mengakhiri zaman bujang aku tak lama lagi.

P/s: Gambar-gambar akan dimuat-naik kemudian. Penat masih belum hilang lagi.

96 manhours tanpa LTI

Syukur alhamdulillah, projek pertama kami dengan JHW Reels Sdn. Bhd. hampir berakhir setelah melalui 96 manhours tanpa LTI. Kerja-kerja fabrikasi pagar kapal milik JHW Reels, JHW Sapphire kini telah siap sepenuhnya.

Esok, kami akan menjalankan aktiviti pemasangan pagar di atas kapal JHW Sapphire. Setelah selesai memasang pagar, kerja-kerja fabrikasi 'boat landing' akan dijalankan di atas kapal tersebut. Insya'Allah, kesemua kerja akan siap sepenuhnya esok.

Aku akan upload gambar-gambarnya nanti. Buat masa sekarang ni, anda semua santap gambar yang ada dulu ni. Sekian, wassalam.

Sewaktu kapal JHW Sapphire berlabuh

Lawatan tapak oleh kami dan juru ukur

Kerja-kerja pemotongan plet besi

Kerja-kerja memotong lubang pagar

Kerja-kerja memotong paip besi kerangka pagar

Gambar-gambar JHW Sapphire.

Tunggu masa yang sesuai

As for now, aku sedang menunggu masa yang sesuai untuk aku strike. job ni mungkin ambil masa 3-4 bulan untuk dapat pulangan semula. tapi, tiada apa yang boleh dapat pulangan secepat sebulan melainkan kerja makan gaji.

Semalam aku dah ke PPK Kemaman dan berjumpa dengan En. Amin, Pengurus PPK. Sempat bersembang serba sedikit tentang job terbaru ni.

Terima kasih aku ucapkan kepada partner aku yang bagi info ni kat aku. Tanpa info dari dia, aku tak tahu yang PPK bagi peralatan untuk job ni.

Masa pergi PPK, aku terkejut sebab pagar atap zink mengelilingi kawasan tanah lapang sebelah PPK yang kebiasaannya menjadi tempat meletak kenderaan. ternampak satu papan tanda di hadapannya. "Kerja-kerja Membina Bangunan Pentadbiran 2 Tingkat PPK Kemaman." Wow! nak naik bangunan baru. baguslah, sebab bangunan pentadbiran sedia ada pun dah boleh buat stor baja.

Lepas jumpa Pengurus PPK, beliau suruh aku rujuk pada orang yang bertanggungjawab mengendalikan pembahagian peralatan tersebut, En. Amirulrasyid. Tak dapat jumpa, hanya bercakap melalui telefon kerana beliau ada urusan di luar pejabat.

Pada mulanya, beliau kata peralatan tersebut telah habis dibahagikan. Tetapi, aku dapat info daripada pengurus tadi ada lebih kurang lima set yang rosak. Jadi, aku minta peralatan yang rosak tu untuk aku baik pulih dan guna untuk job aku nanti.

Syukur, En. Amirulrasyid berjanji nak hubungi aku semula minggu hadapan. Beliau nak periksa dahulu peralatan tersebut sebelum dapat memberikannya kepada aku. Mudah-mudahan, job kali ni dapat berjalan dengan sempurna tanpa banyak masalah. insyaAllah..

Apa peralatan tu sebenarnya? Gambar hint seperti kat bawah.


Agak-agak anda semua, apa bendanya tu? Nanti aku akan buat full entry bila peralatan tu dah berada di tempat yang sepatutnya.

Duit bukan ukuran

Aku setuju dengan kata-kata salah seorang daripada 'old timer' dalam dunia perniagaan, "duit bukan segalanya, tetapi segalanya memerlukan duit."


Sepanjang tiga jam duduk bersembang dengan beliau tentang kehidupan ni, aku makin bersemangat untuk meneruskan perjuangan dalam dunia perniagaan ni. Kata-katanya membakar semangat aku untuk teruskan apa yang telah aku usahakan hampir dua tahun ini.

"Jangan bilang berapa kali kita jatuh, tetapi bilang berapa kali kita bangkit dari kejatuhan kita." Mendalam kata-kata itu. Walaupun aku pernah baca di dalam beberapa buah blog sebelum ini, tetapi apabila ianya diungkapkan oleh seorang usahawan yang pernah jatuh dan bangkit beberapa kali.. ianya seolah-olah menyentuh jiwa aku dan mengubah persepsi aku terhadap turun naik sesuatu perniagaan itu.

Beliau juga berpesan, "jika kamu dah memulakan sesuatu benda itu, pastikan kamu menghabiskan apa yang telah kamu mulakan tadi." Sedikit sebanyak membongkah jiwa aku untuk terus berusaha dengan lebih gigih.

"Abang nampak dunia pertanian dan penternakan ini mampu memberi pulangan yang tinggi.", "ianya terpulang kepada kamu untuk memanfaatkan peluang yang terbuka di depan mata kamu." Jelas sekali kata-kata itu mampu membuka mata hati aku seluas-luasnya.

Mudah-mudahan setiap yang aku lakukan ini akan membuahkan hasil dan dapat aku kongsikan bersama mereka yang kurang bernasib baik, insyaAllah.

Cara menukarkan besi menjadi duit

Tajuk entri nak gempak saja! Padahal.. bukan gempak mana pun.

Saja aku nak tunjuk kat anda semua macam mana cara untuk menukarkan besi buruk menjadi duit kertas. AMARAN! Ni bukan pertunjukan magis.

|
|
|
|
|
|
|
|
|
V





Menarik bukan? Jika anda semua ada besi buruk, sila jangan buang terus ke dalam tong sampah kerana ianya masih mempunyai nilai. Tukarkan besi buruk anda untuk duit kertas. Ternyata berbaloi...

UNIT AMANAH BANK ISLAM

Sebenarnya, Amanah Saham Bank Islam (ASBI) adalah unit amanah. Ramai yang keliru dan bertanyakan tentang dividen dan juga risiko yang bakal dihadapi apabila anda melaburkan duit anda di ASBI.

Baiklah, biar aku terangkan serba sedikit tentang ASBI kepada anda semua memandangkan aku telah pun berjumpa dengan Branch Manager Bank Islam Malaysia Berhad cawangan Ayer Keroh, Melaka dan beliau menerangkan dengan teliti tentang ASBI ni.

Yang pertama, korang perlu tahu.. Terdapat 3 pilihan pelaburan di dalam ASBI. Yang pertama, dana berisiko tinggi Al-Falah. Seterusnya, dana berisiko sederhana Al-Munsif dan yang terakhir, dana berisiko rendah Al-Fakhim. Dua dana yakni Al-Falah dan Al-Munsif merupakan dana campuran aset seimbang berlandaskan hukum syariah Islam, manakala Al-Fakhim adalah berbentuk bon mengikut syariah Islam.

Ramai yang masih pening dengan ASBI ini berikutan nama "Amanah Saham" itu. Biar aku terang sikit beza ASBI dengan Amanah Saham Bumiputera (ASB) kat sini.

ASBI adalah ditanggung oleh pihak swasta, iaitu Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) manakala ASB pula ditanggung oleh kerajaan Malaysia. Oleh sebab itu, ASB ni dia punya risiko sangatlah rendah. Padanlah dengan pulangan dividen yang diberikan juga. Jadi, ASBI atau ASB.. anda yang tentukannya.

Rujuk fig. 1 untuk anda semua fikirkan samada ASBI atau ASB.

Fig. 1: Klik pada gambar di atas untuk besarkan.

Lupa pula nak letak kat sini.. bagi mereka yang berminat dengan ASBI ni, sila rujuk di cawangan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) yang berdekatan.

Untuk mengetahui harga semasa. Sila pilih nama dana yang anda ingin lihat, di bawah:-
  1. Al-Falah 
  2. Al-Munsif 
  3. Al-Fakhim
"Jika takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai."

Sekian, terima kasih semua kerana sudi meluangkan masa membaca blog ni. Aku akan cuba memberikan lebih informasi berguna setiap ketika. Jika ada salah dan silap, harap dimaafkan. Sila tinggalkan komen jika terdapat kesilapan dari segi fakta. Selamat melabur!

Istiadat Konvokesyen Ke-12 UPSI

Istiadat Konvokesyen Universiti Pendidikan Sultan Idris berlangsung dari 13 Oktober hingga 17 Oktober 2010.

Saya bergambar bersama tunang

Cuba teka siapa di sebalik patung kucing tu.

Tunang saya bergambar bersama ibu rakannya

Tunang saya bergambar kenangan bersama rakan-rakan seperjuagannya

Sebenarnya entri ni sudah lama bersarang di dalam draft. Saya tunggu siap muat-naik gambar untuk saya publish. Sejak dari November tahun lepas entri ni bersarang. Dah naik sawang pun. Saya tak perasan bila dah lama abaikan draft.

Hari ni tetiba terperasan entri ni, jadi saya cecepat publish supaya tunang saya tidak pertikaikannya apabila membaca blog ni dikemudian hari. Dia baca kah blog saya yang tidak seberapa ni? =)

Perodua Viva generasi kedua

Gambar projek manipulasi oleh Theophilus Chin baru-baru ini.

Pandangan hadapan.

Pandangan belakang.

Diambil dari model Daihatsu A-Concept yang telah dipamerkan di Indonesia International Motor Show (IIMS) awal tahun 2011. Berikut adalah model Daihatsu A-Concept yang sebenar sebelum diadaptasi ke dalam projek manipulasi ini.

Daihatsu A-Concept yang direka oleh jurutera Daihatsu di Indonesia.
Tampak garang walaupun kecil.

Agak-agak korang, Perodua akan ambil tak design ni untuk keluarkan model pengganti Viva sebagaimana Myvi Elegance yang dilancarkan baru-baru ni tu?

Bersyukur dikurniakan kembar empat

Pasangan Dr. Jasmina Qamaruz Zaman, 39, dan suaminya, Hazli Zakaria, 39, bersyukur kepada Allah SWT apabila penantian selama tujuh tahun mereka untuk mendapatkan anak kedua berakhir setelah dikurniakan anak kembar empat.


Jasmina yang melahirkan kembar empat itu dengan cara pembedahan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 22 Jun lalu berkata, dia dan suami tidak pernah menyangka akan dikurniakan anak kembar.

“Kami berusaha untuk mendapatkan anak kedua selepas mendapat anak pertama Eimann Arrazi yang lahir pada 2004 sewaktu saya sedang belajar di United Kingdom (UK).

“Pelbagai usaha dibuat sehingga saya dan suami memilih untuk menjalani kaedah persenyawaan dalam rahim (IUI). Doktor ada memberitahu IUI akan membolehkan saya mendapat anak kembar tetapi saya tidak pernah menyangka ke arah itu.

“Selepas disahkan mengandung, tiga minggu selepas itu, saya sudah diberitahu akan mendapat anak kembar empat. Tidak banyak masalah sewaktu mengandung, cuma pada bulan keenam saya sudah dimasukkan ke HKL sehinggalah bersalin,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di rumahnya di sini, hari ini.

Menceritakan pengalamannya, Jasmina berkata, sewaktu pembedahan, doktor mengambil masa selama satu setengah jam untuk mengeluarkan anak dalam kandungannya itu.

“Alhamdulillah, selepas pembedahan, keempat-empat anak saya, yang mana dua lelaki dan dua perempuan sihat tanpa sebarang komplikasi,” katanya.

Beliau berkata, sewaktu dilahirkan anak kembar mereka iaitu Eirfann Arrazi adalah seberat 2 kilogram (kg), Sara Yasmin (1.34kg), Eihsann Arrazi (2.1kg) dan Shaza Jasmin seberat 1.66kg.

“Eirfann dilahirkan pada pukul 2.08 petang, Sara (2.09 petang), Eihsann (2.10 petang) dan Shaza pada pukul 2.11 petang iaitu masing-masing selang seminit,” jelasnya.

Real Estate Investment Trust

Real Estate Investment Trust (REIT) adalah satu pelaburan amanah berkaitan hartanah dan ianya sangat bagus untuk masa depan anda. Gunakan duit simpanan anda untuk melabur di dalam industri hartanah daripada menggunakan duit tersebut dengan sia-sia.

India's Real Estate

Di Malaysia, terdapat beberapa REIT yang telah diwujudkan dan diluluskan oleh kerajaan bagi membantu orang ramai melabur di dalam industri hartanah negara. Di sini aku senaraikan beberapa REIT yang aku tahu.

1. Al-Hadharah - Jenis aset: Pelbagai
2. AmFirst - Jenis aset: Pejabat
3. Tower - Jenis aset: Pejabat
4. AmanahRaya - Jenis aset: Peruncitan
5. Atrium - Jenis aset: Industri
6. Hektar - Jenis aset: Peruncitan
7. Quill Capita - Jenis aset: Pejabat
8. StarHill - Jenis aset: Pelbagai
9. UOA - Jenis aset: Pejabat
10. Axis - Jenis aset: Pejabat
11. Sunway - Jenis aset: Pelbagai
12. CMMT - Jenis aset: Pusat membeli-belah
13. Al-AQAR KPJ - Jenis aset: Perladangan

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai REIT, boleh tinggalkan di ruangan komen. Terima kasih kerana sudi berkongsi minat dengan aku.

Nota: REIT adalah satu pelaburan amanah jangka masa panjang. Jika anda inginkan pulangan dividen yang pantas, cukup sekadar melabur di Amanah Saham Nasional (ASN) atau Amanah Saham Bumiputera (ASB).

Selamat menyambut bulan Ramadhan

Kepada semua muslimin dan muslimah yang dirahmati Allah sekalian, dikesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat berpuasa. Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Segala amalan kita mudah-mudahan diterima Allahu Ta'ala.


Kepada muslimin, jangan tinggal puasa walau sehari tanpa keuzuran syarie. Walaupun anda bermusafir, aku harap anda dapat maintain puasa tu. Zaman dulu musafir naik unta, berjalan tengah padang pasir yang panas terik. Zaman sekarang dah semakin moden. Perjalanan 400 kilometer pun hanya mengambil masa 3 hingga 4 jam dan yang paling pasti, menaiki kenderaan yang selesa.

Muslimah pula, tak dapat nak buat apa dah. Kepada yang dapat berpuasa penuh tu, syukur ke hadrat Ilahi kerana diberi peluang untuk puasa penuh. Kepada yang tidak dapat berpuasa selama 30 hari, cepat-cepat ganti puasa nanti ya! Seeloknya berpuasa enam di bulan Syawal nanti.

Moga-moga tahun ni kita semua mendapat barokah daripada Allah S.W.T, insyaAllah..

OK semua, selamat berpuasa sekali lagi aku ucapkan. Salam Ramadhan kepada seluruh umat Islam di Malaysia dan juga diserata pelusuk dunia.

P/S: Jangan lupa untuk menggandakan amalan di 10 malam terakhir bagi mencari malam Lailatul Qadr.

Assalamu'alaikum W.B.T.

Daripada
Mat Kadiaq

Pesanan penaja : Anda kehabisan kredit di tengah malam? Di sini ada penyelesaiannya.

The Popular Entry