LAGENDA BUDAK SETAN

Lagenda Budak Setan (Jun 2010)
Baru sahaja selesai menonton filem Lagenda Budak Setan (LBS). aku tahu, ramai yang dah menonton filem tu dan aku juga tahu, aku sangat ketinggalan.

Apa boleh buat? baru semalam beli DVD. hendak menonton di panggung wayang, jauh sangat kedudukan panggung wayang dengan tempat tinggal. lagipun, tiada berteman untuk menonton wayang. =P sangat tidak boleh diterima akal alasan tu.

Tidak hairanlah kenapa ramai sangat yang bercakap tentang filem tersebut. aku bagi 3.5 bintang dari 5 bintang-bintang yang ada. kenapa sikit sangat? sebab kemunculan Lisa Surihani sikit sangat dalam cerita tu. hahaha..

Petang ni aku hendak sambung menonton filem. filem apa? Piranha 3D! ya.. aku terpaksa beli DVD cetak rompak sebab aku tiada masa untuk pergi menonton di panggung wayang. maaflah ya! tetapi, bila ianya filem MELAYU, aku pasti beli yang ori. menyokong industri perfileman tanah air. cewahhh!

Bersambung di esok hari. sekarang tak boleh taip panjang-panjang. takut orang bosan membaca. aku berhenti setakat ni dahulu. Assalamualaikum wbt...

Nota penulis : Harap-harap lepas ni pengarah filem memperbanyakkan babak yang mempamerkan Lisa Surihani. bukan apa, aku suka tengok wajah dia yang tenang tu. jika dia pakai tudung, tentu lagi menenangkan jiwa setiap lelaki yang melihatnya. hehehe... jangan marah ya!

SELAMAT HARI LAHIR IBU!

Hjh. Roslah binti Mohd. Yusoff
Assalamualaikum wahai ibuku yang mithali. Izinkan anakmu menulis penghargaan jiwanya terhadapmu sempena HARI ULANGTAHUN KELAHIRANMU. Aku bersyukur kehadrat Ilahi kerana menjadikan dirimu sebagai ibuku.

Dirimu tidak pernah jemu memberikan kata-kata semangat setiap kali anakmu ini kecundang. Berbekalkan kata-kata semangatmu itulah anakmu bangkit semula. Ibu, anakmu ini berbangga kerana punyai ibu seperti dirimu. Anakmu ini menerima setiap kelemahanmu dan anakmu ini gantikan ia dengan kelebihanmu.

Ibu, hanya Allah Taala yang dapat membalas segala jasamu terhadapku. Selamat hari ulangtahun kelahiran ibu. Semoga Allah memberikan ganjaran yang melimpah ruah bagi setiap pengorbananmu terhadapku selama ini wahai ibu.

Ibu, jagalah maruah ayah dan keluarga kita kerana anakmu ini tidak sanggup melihat dirimu diazab api neraka. Jagalah 4 perkara yang menjanjikan syurga buatmu ibuku. Solatmu, puasamu, maruahmu dan suamimu, nescaya dirimu akan tergolong di dalam golongan ahli syurga Allah.

Maafkan segala salah dan silap anakmu ini. Halalkan setiap teguk susumu wahai ibuku. Redhai diriku ini dalam mencari redha Allah Taala. Sesungguhnya keredhaanmu adalah keredhaan Allah bagi diriku. Setinggi-tinggi penghormatan terhadapmu ibu. Syurgaku terletak di telapak kakimu. Semoga ibu ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman kepada-Nya. Wallahua'lam...

Nota penulis : Aku amat menyayangimu ibuku. Mungkin selama ini, ianya tidak dapat diungkapkan dengan bibirku. Biarlah tulisan ini menjadi saksi kasih sayangku terhadapmu wahai ibu. Selamat Hari Lahir!

Menyambung cuti

Assalamualaikum W.B.T,

Gambar di pagi Aidilfitri.

Alhamdulillah kerana Allah S.W.T masih memanjangkan usia saya untuk menulis di blog yang tak seberapa ini.

Hari ini saya menyambung cuti ehsan yang telah diberikan oleh syarikat. Insya'Allah sampai hari Sabtu depan. Walaupun cuti, saya berada dalam status on-call. Bila-bila masa sahaja saya boleh dipanggil untuk masuk bekerja.

Dikesempatan bercuti ni, saya ingin menggunakan sebaik mungkin waktu untuk berkunjung ke rumah sahabat handai bagi mengeratkan lagi tali silaturrahim antara saya dengan sahabat-sahabat yang saya kenal. Insya'Allah, selepas solat Zohor, maka akan bermulalah pengembaraan saya untuk menziarah sahabat-sahabat yang baru dan juga yang sudah lama tidak berjumpa.

Nota penulis : Kepada sahabat-sahabat yang membaca blog saya ni, nantikan kemunculan saya di depan pintu rumah anda.

Rumah terbuka sempena Aidilfitri

Assalamualaikum semua...

Alhamdulillah, sudah empat hari kita menyambut Aidilfitri.

4 Syawal, saya menerima banyak sekali jemputan untuk menghadiri rumah terbuka. Tetapi hanya beberapa rumah sahaja yang saya sempat berkunjung.

Kredit gambar : Renjuna.com

Permohonan maaf secara terbuka ingin saya pohon jika rumah anda tidak saya kunjungi pada hari ini. Insya'Allah, esok saya akan sambung bercuti. Akan saya pergunakan sepenuh hari saya esok, untuk menghadiri rumah terbuka saudara-saudari sekalian.

Blog ini sudah mula beroperasi seperti sediakala. Saya harap blog ini akan mendapat sambutan daripada ramai pembaca. Wallahua'lam...

Nota penulis : Al-Fatihah buat Allahyarhamah Datuk Sosilawati dan mangsa-mangsa pembunuhan kejam baru-baru ini. Semoga roh mereka ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman kepada Allah S.W.T.

Esok masih kerja

Assalamualaikum...

Baru sahaja sebentar tadi, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja telah mengumumkan jatuhnya HARI RAYA AIDILFITRI pada tanggal 10 September 2010 bersamaan dengan hari Jumaat.

Esok hari terakhir umat Islam di Malaysia berpuasa. Lusa kita akan menyambut hari kemenangan. Walaubagaimanapun, esok aku masih lagi bekerja dan akan mula bercuti pada hari Jumaat. Masih banyak lagi persediaan yang perlu aku lakukan di rumah. Entah sempat aku bereskan atau pun tidak.

Bersyukur aku ke hadrat Ilahi kerana masih lagi memberi aku kesempatan untuk meraikan Aidilfitri kali ini bersama keluarga yang tercinta. Aku harap Aidilfitri kali ini lebih ceria dari tahun tahun sebelumnya.

Apa pun, dikesempatan ini aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada seluruh umat Islam di Malaysia dan juga seluruh dunia. Aku menyusun sepuluh jari memohon maaf jika ada terkasar bahasa terhadap anda semua.

Semoga Hari Raya Aidilfitri anda tahun ini juga lebih bermakna dari tahun tahun sebelumnya dan kepada mereka yang sedang memandu untuk pulang ke kampung masing-masing, pandulah dengan berhati-hati. Orang yang tersayang sedang menantikan kepulangan anda dengan keceriaan bukan dengan tangisan. Amin...

Nota penulis : Blog ini juga akan bercuti. Jadi, jumpa anda semua selepas hari raya nanti.

Baruku tahu

Assalamualaikum...

Sebenarnya entri kali ini adalah satu entri yang sangat merepek. Apa pun, layankan sahaja entri yang merepek dari aku ini.

Ada sebuah kedai menjual kereta terpakai & rekon di kawasan tempat aku tinggal. Setiap kali aku lalu di hadapan kedai itu, mesti aku akan tertarik apabila melihat sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) ini. Bila aku lihat di emblemnya, tertera logo Nissan. Agak pelik di situ kerana setahu aku, model kenderaan pelbagai guna Nissan ialah Grand Livina.

Sudah lama aku tidak lalu di hadapan kedai tersebut lantas aku terus melupakan niat aku untuk menggoogle mengenai model Nissan tersebut. Tiba-tiba malam tadi terdetik hati ini untuk membuat carian di google. Akhirnya terjawablah persoalanku selama ini. Itulah model Elgrand dari Nissan. Model ini adalah hasil persaingan dengan Toyota Alphard dan Vellfire.

Sangat menarik ruangan kabinnya. Tak kurang hebat rekaan luarannya. Sangat mantap, menarik, dan kemas sekali! Mari kita lihat bagaimana rupa Nissan Elgrand ini.

Rekaan luaran yang menampakkan gaya eksklusif.

Ruang kabin yang selesa dan kemas.

Gaya sebuah kenderaan pelbagai guna yang menawan.

Berkapasiti 7 tempat duduk dengan kemasan kulit yang elegan.

Nissan Elgrand!
Mengenai harga, aku kurang pasti. Apa yang pasti, harganya pasti mencecah angka 200,000 ke atas! Maka, biarlah ia bersemadi sebagai sebuah kenderaan impian aku sahaja.

Nota penulis : Tanpa keberanian, impian tidak akan jadi kenyataan.

MARI BERMAIN BOWLING (PART 1)

Assalamualaikum...

Entri ini sudah lama bersarang dalam draf aku. Hari ini, aku akan merealisasikan entri ini. Harap maklum...

Inilah gerangannya orang yang menganjurkan acara ini.

Pembantu Penyelaras Material yang berjaya.

Suka menyemak bila orang lain bergaya untuk bergambar.

Jururancang Darat yang paling komited terhadap kerja.

Balingan maut oleh aku.

Kutipan mata bagi kesemua pemain.

Reaksi apabila bola terus ke longkang.
Itu sahaja yang dapat aku pamerkan buat kali ini. Entri akan bersambung.

Nota penulis : Saat yang sangat menyeronokkan apabila dapat beriadah bersama seperti ini. Tidak akan lupa kenangan ini sampai bila-bila. Biar ia terpahat di blog ini.

Tarikh melihat anak bulan Syawal

Assalamualaikum...

Selamat berpuasa semua. Harap anda semua sedang giat mencari keredhaan Allah dan sibuk menunaikan ibadat di satu pertiga malam bagi mencari sinar malam Lailatul Qadr.

Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan merayakan Aidilfitri yang mulia. Bagaimana persiapan anda semua? Haruslah beraya sakan kan? Sambil-sambil bergembira itu, jangan dilupakan pada mereka yang kurang bernasib baik... Hulurkan sumbangan kepada yang memerlukan.

Bagi mereka yang tidak sabar untuk berhari raya, tarikh untuk melihat anak bulan Syawal ialah pada 8 September 2010 (08.09.10). Bersiap sedialah semua untuk mendengar pengumuman raya di televisyen atau radio pada malam 9 September 2010 (09.09.10).

Marilah bersama-sama kita menghidupkan 10 malam terakhir bulan Ramadhan ini dengan beribadat kepada-Nya. Semoga kita mendapat rahmat dan keberkatan daripada Allah S.W.T. Aminnn...

Nota penulis : Beraya jangan sampai tidak ingat dunia. Balik kampung dengan selamat. Ingat mereka yang tersayang. Berhati-hati di jalan raya. Selamat pulang ke kampung untuk berhari raya kepada semua umat Islam di Malaysia.

The Popular Entry