Assalamualaikum...
Selamat berpuasa semua. Harap anda semua sedang giat mencari keredhaan Allah dan sibuk menunaikan ibadat di satu pertiga malam bagi mencari sinar malam Lailatul Qadr.
Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan merayakan Aidilfitri yang mulia. Bagaimana persiapan anda semua? Haruslah beraya sakan kan? Sambil-sambil bergembira itu, jangan dilupakan pada mereka yang kurang bernasib baik... Hulurkan sumbangan kepada yang memerlukan.
Bagi mereka yang tidak sabar untuk berhari raya, tarikh untuk melihat anak bulan Syawal ialah pada 8 September 2010 (08.09.10). Bersiap sedialah semua untuk mendengar pengumuman raya di televisyen atau radio pada malam 9 September 2010 (09.09.10).
Marilah bersama-sama kita menghidupkan 10 malam terakhir bulan Ramadhan ini dengan beribadat kepada-Nya. Semoga kita mendapat rahmat dan keberkatan daripada Allah S.W.T. Aminnn...
Nota penulis : Beraya jangan sampai tidak ingat dunia. Balik kampung dengan selamat. Ingat mereka yang tersayang. Berhati-hati di jalan raya. Selamat pulang ke kampung untuk berhari raya kepada semua umat Islam di Malaysia.
The Popular Entry
-
Bagi guru-guru yang akan mengisi Pentaksiran Aktiviti Kokurikulum ke dalam SPPBS . Di sini ada sedikit panduan berkenaan dengan jenis Badan...
-
Ya ampun! aku pasrah ni... boleh ke aku lawan dengan godaan nafsu kemahuan aku ni? semalam masa gi bayar bil telefon, aku ternampak model ba...
-
Esok company akan hantar a few personnel untuk buat medical check-up. Salah sorang yang kena pergi untuk medical check-up tu nanti ialah aku...
-
ALHAMDULILLAH.. Allah SWT masih lagi beri peluang pada aku untuk berpuasa di bulan yang mulia ini. Ramadhan tahun ini lebih bermakna den...
-
Hari ni aku nak cerita sikit tentang O&G industri. Mungkin ramai yang tak tahu dan mungkin juga ramai yang dah tahu. Bagi mereka yang...
-
CHUKAI – Perbuatan terkutuk seorang pelajar tingkatan lima yang tergamak menjadikan adik kandungnya sendiri sebagai pemuas nafsu terbongkar...
-
Alhamdulillah, usia Ahmad Miqdad Huzaifah dah masuk 74 hari. Setakat ni masih belum ada apa yang dia boleh buat. Kekadang tu ada jugak dia ...
-
Sesungguhnya masa amat mencemburui diri aku ini. sudah agak lama aku tidak kemaskini blog ini dan ianya sudah sedikit bersawang. maaf kerana...
-
Hari Rabu baru-baru ni aku ke Fraser Hill, Pahang untuk hanimun kami yang pertama. Check out.. Rumah Peranginan Persekutuan, Fraser Hill...
-
Entry first secara live! Hahaa.. Poyo jer ayat weh. Anyway, perbankan internet Bank Islam sekarang ni tengah down. Tergendala kejap kerja ...
No comments:
Post a Comment