Ada seorang pemuda yang meminta kepada orang tuanya untuk mencari seorang guru agama yang mampu menjawab 3 pertanyaannya.
Lalu dia keluar dari rumahnya dan berjalan tanpa arah tuju dan terjumpa dengan seorang tua (Ulama) di pertengahan jalannya.
Pemuda: Anda siapa? Dan adakah tuan mampu menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?
Ulama: Saya hamba Allah dan dengan izinNya, saya akan cuba menjawab pertanyaan kamu.
Pemuda: Tuan yakin? Ramai bijak pandai telah saya ajukan pertanyaan-pertanyaan ini namun tidak seorang pun yang mampu menjawabnya.
Ulama: Saya akan cuba semampu yang mungkin.
Pemuda: Saya mempunyai 3 pertanyaan, yang pertama: Jika Allah itu ada, buktikan wujudnya Allah kepada saya, yang kedua: Apakah yang dinamakan takdir?, dan yang terakhir: Jika syaitan diciptakan dari api, kenapa ditempatkan syaitan di neraka yang diciptakan dari api juga? Tentu ianya tidak menyakitkan mereka yang memiliki unsur yang sama. Apakah Allah tidak pernah berfikir sejauh itu?
Terus ulama tadi menampar pipi si pemuda dengan keras.
Pemuda: (Sambil menahan sakit) Kenapa tuan marah kepada saya?
Ulama: Saya tidak marah. Tamparan itu adalah jawapan saya bagi 3 pertanyaan kamu tadi.
Pemuda: Saya sungguh tidak mengerti.
Ulama: Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda: Tentu sekali ianya menyakitkan.
Ulama: Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?
Pemuda: Ya!
Ulama: Buktikan pada saya wujudnya sakit itu.
Pemuda: Saya tidak boleh..
Ulama: Itulah jawapan bagi pertanyaan pertama kamu. Kita semua merasakan adanya Allah tanpa mampu melihat akan kewujudanNya.
Ulama: Adakah malam tadi anda bermimpi ditampar oleh saya?
Pemuda: Tidak!
Ulama: Adakah kamu pernah terfikir akan ditampar oleh saya pada hari ini?
Pemuda: Tidak!
Ulama: Itulah yang dinamakan takdir.
Ulama: Tangan saya yang digunakan untuk menampar kamu sebentar tadi dibuat dari apa?
Pemuda: Kulit..
Ulama: Pipi kamu dibuat dari apa?
Pemuda: Kulit..
Ulama: Bagaimana rasanya tamparan saya tadi?
Pemuda: Sakit..
Ulama: Walaupun syaitan dan neraka diciptakan dari unsur yang sama, jika Allah berkehendak, maka neraka akan menjadi tempat yang sangat menyakitkan untuk syaitan.
The Popular Entry
-
Bagi guru-guru yang akan mengisi Pentaksiran Aktiviti Kokurikulum ke dalam SPPBS . Di sini ada sedikit panduan berkenaan dengan jenis Badan...
-
Bosan wa dengan budak Amir ni sebenarnya. Asyik menangis je keje dia. Mesti ada FC dia yg tak puas hati dengan statement wa ni. Tapi wa pedu...
-
Sebenarnya, Amanah Saham Bank Islam (ASBI) adalah unit amanah. Ramai yang keliru dan bertanyakan tentang dividen dan juga risiko yang bakal...
-
Perhatian! kepada sesiapa yang berminat untuk bekerja di offshore, sila email kat aku resume korang. Email aku, nashrul.sabri[at]live.com d...
-
Ada something yg tak kena dengan website Gengblogger. Entah apa kes, aku tak boleh access masuk website tu. Dia suruh aku masukkan username ...
-
Maaf jika tiada sebarang update berlaku di sini. Bukan kerana tiada idea atau malas, tetapi sedang sibuk dengan kebun fertigasi aku. Aku cu...
-
Sesiapa yang perasan, blog aku ni asyik bertukar-tukar fonts macam bertukar-tukar pasangan pulak kan? Actually aku tengah galak bermain deng...
-
Mengikut laporan yang aku terima daripada beberapa sumber yang boleh dipercayai, Tanah Besar China (China Mainland) telah menyekat pengguna ...
-
Akhirnya, dapat jugak aku beli external hard drive untuk aku simpan semua files yang ada dalam laptop aku ni sebagai backup di kemudian hari...
-
Semalam, keluar melepak dengan colleagues. Sekali sorang ni cakap yang dia nampak Mitsubishi Lancer GT berbody kontot kat dalam showroom Mit...
No comments:
Post a Comment