KERETA LAMBANG PATRIOTISME?

Proton pengeluar kereta Malaysia!

MENARIKNYA, banyak negara luar mengaitkan pembelian kereta nasional dengan sifat patriotik rakyat.

Contohnya, setiap tahun Pentadbiran Keselamatan Lebuh Raya Kebangsaan Amerika Syarikat (AS) akan mengeluarkan senarai peratusan bahagian kenderaan bagi sesebuah kereta yang dibuat di AS di bawah Akta Pelabelan Automobil Amerika.

Senarai ini digunakan sebahagian pembeli untuk menentukan sama ada kereta yang dibeli dibuat menggunakan banyak bahagian buatan AS yang akan membawa masuk kembali wang ke dalam ekonomi negara itu.

Syarikat kereta AS juga banyak menggunakan iklan yang menggambarkan mereka yang membeli kereta jenama AS adalah patriotik.

Dalam masa sama, rakyat Korea Selatan juga dikatakan memilih kereta keluaran negara mereka sebagai pilihan utama kerana nilai patriotisme.

Kajian syarikat penilaian J.D. Power sebelum ini menunjukkan, ramai pengguna di Korea Selatan melihat pembelian kereta import memberi kesan buruk kepada kepentingan negara.

Mereka juga merasakan membeli kereta import akan menyebabkan jurang sosial dan dipandang serong oleh rakan serta hanyalah kemewahan yang tidak diperlukan.

Sikap sama dilihat di Jepun sebelum ini tetapi semakin lama, perluasan pasaran global menyebabkan kereta import mula diterima di semua negara tersebut.

Selain rakyat, kerajaan kebanyakan negara juga bersungguh-sungguh melindungi industri kereta mereka.

Tahun lalu, Perancis meminta Suruhanjaya Eropah mengarahkan Korea Selatan memberi notis awal sebelum mengeksport kereta ke Perancis selepas jualan kereta Korea Selatan meningkat 24 peratus selepas Perjanjian Perdagangan Bebas Korea Selatan-EU.

Kereta Kia dan Hyundai yang murah tetapi berkualiti menjejaskan jenama Perancis seperti PSA Peugeot Citroen. Peugeot sebelum itu mengumumkan akan menutup kilang berdekatan Paris, mengakibatkan kehilangan 8,000 pekerjaan.

Pada 2009 pula, kerajaan AS membelanjakan hampir AS$80 bilion (RM250 bilion) untuk membantu tiga syarikat kereta terbesar negara itu daripada bankrap.

General Motors, Chrysler dan Ford yang meminta bantuan kerajaan pada masa itu berkata, jika syarikat mereka ditutup, tiga juta pekerjaan akan hilang, mengakibatkan masalah besar kepada ekonomi negara itu.

Walaupun ramai melihat kegagalan syarikat kereta AS dan Perancis untuk bersaing adalah punca utama mereka menghadapi masalah, kerajaan negara itu tetap mahu membantu industri automotif mereka.

Adakah bantuan ini atas dasar patriotisme atau atas dasar kebajikan jutaan pekerja dalam industri itu? — Sinar Harian Online

P/s Jom pakat beli kereta nasional lepas ini dalam memberi sokongan kepada Proton dan Perodua.

RAMADHAN 1434 HIJRAH

ALHAMDULILLAH..

Allah SWT masih lagi beri peluang pada aku untuk berpuasa di bulan yang mulia ini. Ramadhan tahun ini lebih bermakna dengan kehadiran Ahmad Miqdad Huzaifah dalam hidup kami. Ketika menyambut Ramadhan yang lepas, dia masih lagi dalam perut mama dia.

Jadi, Syawal tahun ini akan kami sekeluarga sambut bersama-sama di Ulu Kinta, Ipoh jika tiada aral melintang, in shaa Allah. Tahun lepas, aku dan isteri menyambut ketibaan Syawal di rumah mertua aku di Padang Midin, Kuala Terengganu. Tahun ni, giliran untuk beraya di Bukit Kuang, Kemaman pula. Tetapi memandangkan emak dan ayah aku akan berhari raya di Ulu Kinta, aku dan isteri akan ikut sama nanti.

Bila aku baca semula blog ni, aku perasan ada satu entri tentang Ramadhan, iaitu 'Malam Lailatul Qadr'. Entri tersebut telah berusia tiga tahun. Rasa macam tak percaya, pejam celik-pejam celik sudah tiga tahun blog ni online. Semoga ianya akan berterusan hingga ke akhir perjalanan hidup aku kali ni.

Baiklah, aku tak mahu mengomel banyak-banyak di bulan yang mulia ni. Ada banyak perkara yang perlu aku bereskan. Apa pun, selamat berpuasa kepada semua umat Islam di Malaysia, mahupun di luar negara.

Assalamualaikum..

PADAH MAKSIAT ISTERI ORANG

BESUT - Angkara mencintai isteri orang, seorang lelaki terpaksa bermalam dua malam di hospital akibat cedera dibelasah penduduk kampung apabila perbuatan terkutuk mereka dilihat suami wanita itu sendiri.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam kelmarin, lelaki berumur 20 tahun yang bekerja sebagai tukang jahit dari Kampung Pangkal Changgong, Machang, Kelantan itu cedera di beberapa bahagian badan termasuk kepala apabila dipukul penduduk kampung.

Difahamkan, dalam kejadian di sebuah kampung di kawasan Jabi yang terletak beberapa kilometer dari Kampung Renek di sini, lelaki terbabit dibelasah ketika berada di dalam rumah sewa wanita itu.

Sebelum itu, kira-kira jam 10 malam, wanita itu dikatakan telah pergi menghantar suaminya yang berusia 23 tahun bermain futsal di sebuah gelanggang futsal di kawasan Jertih.

Apabila pulang ke rumah, wanita itu dikatakan menghubungi buah hatinya dan mangsa datang ke rumah tersebut kerana telah membuat temu janji sebelum itu.

Difahamkan sejam kemudian, suami wanita itu menghubungi isterinya, namun tidak ada jawapan menyebabkan dia mengesyaki sesuatu lantas pulang ke rumah bersama rakannya untuk mengetahui apa yang berlaku.

Apabila tiba di rumah, dia dapati sebuah kereta Perodua Myvi berada di hadapan rumahnya sebelum dia mengintip melalui lubang rumah dan mendapati isterinya bersama seorang lelaki dalam keadaan kurang sopan.

Si suami kemudian masuk ke dalam rumah bersama penduduk kampung, menyebabkan berlaku pergelutan antara lelaki tersebut dan penduduk kampung.

Suami wanita itu yang bekerja sendiri kemudian menghubungi penguat kuasa syariah pejabat agama daerah sebelum pasangan itu diserahkan kepada pihak polis.

Difahamkan pasangan suami isteri itu mempunyai seorang anak berusia setahun lebih, tetapi ketika kejadian anak mereka berada dalam jagaan ibu bapa wanita berkenaan di Kampung Guntung, Setiu.

Menurutnya sumber, mangsa mengaku ketika kejadian dia baru selesai mengadakan hubungan seks dengan wanita berkenaan dan mereka berkenalan sejak awal tahun lagi.

Lelaki itu juga mendakwa kononnya dia tidak tahu wanita itu berstatus isteri orang kerana wanita terbabit memberitahu dia belum bersuami menyebabkan dia menjalin hubungan dengan suri rumah itu.

Dikatakan juga, lelaki tersebut mengenali pasangannya selepas dia tersalah nombor telefon menyebabkan dia menghubungi wanita itu dan dari situ hubungan mereka terus mesra dan sudah beberapa kali bertemu di pekan
Jertih sebelum ini.

Lelaki yang cedera di bahagian muka, kaki dan anggota badan itu dirawat di Hospital Besut sebelum dibenarkan keluar semalam namun ditahan semula oleh penguatkuasa pejabat agama saerah untuk diambil keterangan.

Pemangku Ketua Polis Daerah, DSP Noorzainy Mohd Noor ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan daripada suami wanita berkenaan dan tangkapan tersebut.

Menurutnya, pasangan tersebut diserahkan kepada pejabat agama daerah untuk tindakan seterusnya.

PELAJAR DIROGOL ABANG SENDIRI

CHUKAI – Perbuatan terkutuk seorang pelajar tingkatan lima yang tergamak menjadikan adik kandungnya sendiri sebagai pemuas nafsu terbongkar apabila mangsa mengalami keguguran, tiga hari lalu.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hitam berkata, mangsa yang juga pelajar tingkatan dua dan bersekolah di sekolah sama dengan abangnya itu mengalami keguguran sewaktu mendapatkan rawatan di Hospital Kemaman.

Menurutnya, suspek dipercayai merogol adiknya itu pada pertengahan April lalu dalam kejadian di rumah mereka di sebuah kampung di Chukai.

Bagaimanapun, mangsa tidak menceritakan perbuatan sumbang yang dilakukan oleh abangnya itu kerana telah diugut oleh abangnya itu.

“Hasil pemeriksaan dilakukan, doktor mengesahkan mangsa mengandung 12 minggu dan doktor yang merawat mangsa kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Chukai.

“Bagaimanapun mangsa masih lagi dirawat di wad bagi memastikan keadaan kesihatannya kembali pulih,” katanya.

Akibat perbuatan terkutuknya terbongkar, suspek bertindak melarikan diri dan kini diburu pihak polis.

Che Suza berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan kerana sumbang mahram yang jika sabit kesalahan pesalah boleh dijatuhkan hukuman penjara tidak kurang enam tahun dan tidak melebihi 20 tahun serta boleh dikenakan sebatan.

EXPECT THE UNEXPECTED

Assalamualaikum...

Hari ni dah masuk hari ke-6 umat Islam di Malaysia berpuasa. Bermakna, kita ada baki 24 hari lagi untuk menyambut ketibaan Syawal. Aku sebenarnya sangat risau dengan keadaan aku sekarang.

Tetapi apakan daya.. kita hanya merancang, tetapi Allah jua lah yang menentukan. Susah untuk aku bercerita di sini apa yang sedang aku lalui sekarang ni. Apa pun, aku berharap agar Allah memberi aku petunjuk di bulan yang mulia ini. Semoga aku mendapat apa yang aku kehendaki, in shaa Allah.

Aku akan bercerita apa yang aku lalui sekarang ni apabila tiba ketikanya nanti. Semoga Allah permudahkan urusan kita semua di bulan Ramadhan ini. Amin Ya Robb..

Kbye!

CUCUK HIDUNG MACAM LEMBU

Assalamualaikum...

Sorry lah korang semua.. hari ni aku nak lepaskan sikit perasaan tak puas hati aku. Pada yang nak baca, silakan. Bagi yang tak nak baca, boleh browse untuk tajuk lain dalam blog ni..

Apa yang sebenarnya aku tak puas hati? Baeklah.. biar aku bercerita sikit tentang tajuk aku pada hari ni. Aku sebenarnya ada rasa sikit tak puas hati dengan letter of appointment baru yang syarikat tempat aku kerja bagi. Maybe terlalu awal untuk aku melampiaskan apa yang aku rasa kat sini.. sebab aku belum dapat clarification dari pihak pengurusan. Tetapi, hakikatnya syarikat cuba untuk ikat aku dan rakan sejawat aku yang lain selama 3 tahun setengah.

Hidung dicucuk seperti lembu

Korang cuba bayangkan, betapa lama syarikat nak ikat kami untuk bekerja. Letter of appointment dah ler samar-samar. Banyak clause yang tak diterangkan secara terperinci membuatkan aku rasa sedikit tertekan. Come on lah kawan.. fikirlah sikit. Kita ni makin lama makin berusia. Katakanlah, tawaran dari syarikat lain lebih baik dan gaji lebih elok. Dengan tanggungan dan bebanan hutang yang ada, takkanlah kita nak tolak. Betul tak?

Nak ikat hidung kami macam lembu pun, agak-agaklah. Kami bukan dapat scholarship dari syarikat ni pun untuk belajar. Setakat training yang tak sampai RM5,000.00 tu, aku boleh buat sendiri pakai duit savings. Rakan sejawat yang pergi training pakai duit sendiri pun syarikat nak ikat. Sikit tak beragaklah kan..

Aku rasa kalau syarikat tak mahu revise balik letter of appointment tu, aku tak mungkin akan turunkan tandatangan aku kat letter of appointment tu. Jika syarikat nak terminate aku pun, aku rasa tak ada masalah kot. Rezeki tu dari Allah SWT dan bukan syarikat ni sajer yang boleh hire aku kan??

Aku rasa cukup setakat tu dulu.. esok aku nak cuba clarify dengan respective personnel regarding this matter. If they can't tolerate, then "bye bye" company!

BAGAIMANA UNTUK BUANG Mixi.DJ TOOLBAR

Assalamualaikum..

Hari ni aku ada install satu software untuk tablet aku. Samsung Kies..

Lepas install software ni, aku dapati ada satu software yang aku unintentionally installed bersama dengan Samsung Kies ni. Jadi, aku berhajat nak buang software tu.. Mixi.DJ Toolbar yang berlingkar dalam semua web browser aku macam barah yang sedang merebak tak tentu hala.

Jadi kat sini, ada beberapa option yang aku dapat dari hasil carian aku dalam Mr. G.

Cara untuk buang Mixi.DJ Toolbar dari Internet Explorer
  1. Open IE and go to ‘Tools‘ → ”Manage Add-ons’.
  2. Choose ‘Toolbars and Extensions’ and uninstall everything related to Mixi.DJ Toolbar from the list.
  3. Choose ‘Search Providers’ → choose the search engine you used before and make it your default search provider. Additionally, select ‘Web Search’, click ‘Disable suggestions’ to disable it.
  4. Go ‘Tools’ → ‘Internet Options’ and select ‘General’ tab. Click ‘Use default’ or enter your own website name, google.com or other. Finally, click ‘OK’ to save the changes.
Cara untuk buang Mixi.DJ Toolbar dari Mozilla Firefox
  1. Open Mozilla Firefox, go ‘Tools’ → ‘Add-ons’.
  2. Choose ‘Extensions’ → Mixi.DJ Toolbar and click ‘Uninstall’.
  3. Go ‘Tools’ → ‘Options’. Finally, reset the startup homepage or change it to google.com.
Cara untuk buang Mixi.DJ Toolbar dari Google Chrome

  1. Click on the icon ‘Customize and control Google Chrome’, select ‘Options’.
  2. Choose ‘Basic’ Options and change Google Chrome homepage to google.com or any other browser and then click the ‘Manage search engines…’ button.
  3. Choose ‘Google’ and make it your default search engine.
Lepas tu aku syorkan korang run full virus scan hard drive korang.. selamat menggodek!

Untuk user yang lebih advance, sila ke laman web Wintips.org untuk remove completely dari komputer korang.

The Popular Entry