Panggilan Pulau

Wah! Teruja saya bila dapat e-mel panggilan pulau temuduga dari syarikat tempat Masviona & Prebetsabu kerja. Hopetech Sdn Bhd yang terletak di Jalan Syed Putra, Kuala Lumpur.

E-mel dari Eksekutif Kanan Sumber Manusia Hopetech


Saya sangat berharap untuk dapat bekerja di situ. Sudah hampir tiga tahun saya tinggalkan dunia pengaturcaraan dan kini saya akan harus menggilap kembali otak ini untuk pengaturcaraan. Cuma yang membezakan kerja saya dahulu ialah bahasa pengaturcaraannya.

Dahulu saya pernah bekerja di sebuah syarikat IT yang terletak berhampiran dengan pejabat lama Hopetech iaitu di Bandar Tasik Selatan. Membangunkan sistem maklumat menggunakan Java.

Di Hopetech, mereka menggunakan Visual Basic dalam pembangunan sistem mereka. Jadi, saya harus belajar bahasa baharu. 

Namun, ia masih lagi kekal dari segi teori iaitu pengaturcaraan berorientasikan objek atau lebih tepat lagi Object-Oriented Programming (OOP).

GUI Visual Basic 6

Semoga Allah mempermudahkan segala urusan saya kali ini. Rasa gementar pula untuk mengadap penemuduga nanti. Boleh dikatakan hampir dua tahun saya tidak ditemuduga oleh sesiapa secara formal. Agak-agaknya, soalan yang macam mana mereka akan tanya saya nanti?

Apa pun saya kena ulangkaji semula tentang OOP ni dan menyiapkan segala maklumat dan dokumen yang diperlukan oleh mereka nanti. Insya'Allah, esok saya akan cetak salinan sijil dan juga maklumat peribadi untuk dibentangkan kepada mereka pada hari Rabu ini.

Layan Perasaan Dengan Rio

Akibat kebosanan yang melampau dan batuk yang berterusan menyebabkan saya masih lagi terjaga. Gegaran kuat akibat batuk menyebabkan otak saya terasa sakit. Jiwa saya menjadi kacau bilau.

Kulit Album Kumpulan Rio pada tahun 1996

Jadi saya mula melayari youtube.com untuk menenami saya dikala kebosanan ini walaupun mata sudah mula terasa pedih dan kemerahan. Jom! Lirik saya sertakan bersama selepas video di bawah.


Penyanyi/Kumpulan : Rio
Tajuk Lagu : Layu Di Hujung Mekar

Haruskah ku terus melayani perasaan
Meskipun ku tahu ini hanyalah khayalan

Cinta ku padamu haruskah aku teruskan [Chorus 1]
Kerana ku tahu dirimu sudah berteman

Tiada ertinya
Apakah akhirnya percintaan

Pohon cinta yang dulu mekar berbunga [Chorus 2]
Kini tandus tiada bermaya
Bunga cinta yang dulu mekar mewangi
Kini layu di pusara bumi

Tidak mungkin kembang lagi dan berseri...

*mula ulang Chorus 1 x 1 kali
**mula ulang Chorus 2 x 1 kali

Harap anda semua terhibur sebelum tidur. Selamat malam semua.

Minima Tetapi Optima

Saya sedang menjalankan kerja-kerja penambahbaikkan blog saya ini untuk menggunakan seminima yang mungkin widgets yang ada. Walaupun penggunaan widgets yang minima, impak daripada widgets dan blog ini dapat menghasilkan output seoptima yang mungkin.

Sedang Diselenggarakan

HILANG STATUS SEBAGAI GLITTERATI NUFFNANG

Baru hari ini saya membuka laman sesawang Nuffnang setelah sekian lama tidak membukanya. Agak mengecewakan apabila status membership saya telah diubah oleh mereka, daripada Glitterati kepada Ordinary. Saya sedikit terkilan kerana di dalam blog saya sebelum ini tidak terdapat iklan dari advertiser lain, melainkan Nuffnang.

Syarat untuk melayakkan seorang blogger mendapat status tersebut ialah dengan hanya menumpukan  Nuffnang sebagai advertiser mereka di blog. Mungkin blog saya kurang traffic membuatkan mereka menarik balik status tersebut. Walaubagaimanapun, saya akan tetap menyokong  Nuffnang dan akan sentiasa meletakkan iklan mereka di blog saya.

Syarat-syarat untuk Nuffnang Glitterati club

Saya cuba untuk berfikiran positif kali ini dengan meyakinkan diri saya, "Apa ada pada status?" dan cuba untuk tidak menulis dengan perasaan amarah saya. Hidup ini harus disertakan dengan penggunaan akal semaksima yang mungkin.

Pengurusan Pantai di Terengganu

Tiba-tiba terdetik ide tentang pengurusan pantai selepas mendengar bagaimana bersihnya pantai di Gold Coast, Australia daripada Pakngah saya semalam. Sejujurnya, Gold Coast adalah salah satu tempat yang saya idamkan untuk pergi. Namun rezeki masih belum ada. Insya'Allah suatu hari nanti saya akan bawa isteri saya untuk jejak kaki di sana.

Pantai Gold Coast, Australia

Sebagai seorang rakyat Terengganu yang prihatin akan perkembangan sosio-ekonomi, saya terfikir untuk menguruskan pantai-pantai yang sering dikunjungi dan menjadi tarikan pelancong dari dalam dan luar negara. Rata-rata pelancong lebih meminati pantai daripada hutan belantara. Hanya mereka yang ekstrem sahaja meminati kawasan hutan dan air terjun.

Maka, pembangunan Tasik Kenyir seperti yang sedia ada saya rasakan adalah suatu perkara yang sia-sia kerana pelancong dari luar negara lebih meminati snorkeling daripada mandi manda di air terjun. Scuba diving dan snorkeling adalah perkara wajib bagi pelancong yang datang ke Malaysia, terutamanya negeri Terengganu Darul Iman ini.

Scuba Diving di Pulau Sipadan

Majoriti pelancong yang datang ke Terengganu akan berkunjung ke Pulau Perhentian, Pulau Redang, dan Pulau Kapas. Tetapi jarang yang berkunjung ke Pulau Tenggol kerana di sana, resort atau chalet sangat terhad. Jadi, kenapa tidak dibangunkan dan diuruskan kawasan pantai yang dekat dengan pulau tersebut?

Pulau Tenggol, Dungun

Saya kurang pasti apa yang pihak berkuasa tempatan rancangkan untuk pembangunan dan pengurusan pusat pelancongan di sini. Rata-rata projek yang dijalankan akan menjadi satu projek gajah putih kerana apa yang dilaksanakan tidak menepati citarasa pelancong, terutamanya dari luar negara.

Seharusnya pihak berkuasa harus menitikberatkan kebersihan dan persekitaran pantai bagi menarik lebih pelancong dari dalam dan luar negara. Satu lagi yang saya terkilan apabila pelancong datang ke pantai di waktu pagi, lingkungan jam 8.00 hingga 9.00 pagi, gerai-gerai yang ada masih belum dibuka sekaligus membuatkan pelancong terfikir betapa tidak berdisiplinnya peniaga di sini.

Saya sekadar meluahkan ide yang ada di dalam kepala ini. Untuk tindakan selanjutnya, tanya pada mereka yang mempunyai kuasa dalam melaksanakannya. Wallahua'lam.

HECTIC TAPI SERONOK

Okay, mood hanimun sudah tamat! Sekarang masa untuk bekerja dengan lebih keras. Dari Melaka tadi, saya ke KL cadangnya untuk lihat Mercedes Benz E200K & Toyota Alphard, malangnya used car tersebut hanya buka sehingga jam 4.00 petang.

Memandangkan saya sudah berjanji dengan Pakngah saya untuk singgah di rumah beliau, tepaksa juga saya redah traffic yang agak sesak sekitar Kg. Pandan untuk sampai ke Ampang.

Selepas tu, Pakngah ajak saya dinner dengan mereka sekeluarga di sebuah restoran steamboat berhampiran Balai Polis Ampang Jaya. Harga RM22.00 untuk seorang. Makanlah semahu mungkin. Jika ada wastage, ia akan ditimbang. Setiap 100g akan dikenakan bayaran sebanyak RM10.00 sahaja. Sesiapa yang kaki lahap, memang seronok mentekedarah kat situ.

Lepas tu around 10.15 malam, terus saya gerak dari Ampang menuju ke Kemaman. Sepanjang jalan ke Terengganu, kenderaan tak banyak. Tetapi kenderaan berpusu-pusu menuju ke arah KL. Habis cuti sekolah, ramai yang nak balik ke ibukota untuk kembali bertugas.

Lebih kurang jam 1.00 pagi, saya telah selamat sampai di rumah dengan izin Allah. Lega hati ini bila lihat katil sendiri yang empuk lagi selesa. Perut pulak tiba-tiba memulas mintak membuang. Apa lagi, ke jamban la jawabnya. After siap tulis entry ni, saya nak beransur untuk bermimpi. Esok masih banyak kerja yang perlu diselesaikan.

To my wife, I miss u a lot! Haha.. Jiwang kejap. Tata!

Hanimun Di Fraser Hill

Hari Rabu baru-baru ni aku ke Fraser Hill, Pahang untuk hanimun kami yang pertama. Check out..

Rumah Peranginan Persekutuan, Fraser Hill

Scenery pada jam 7.00 petang

Scenery di malam hari melalui balkoni bilik kami

Posing di depan jam besar Fraser Hill

Sekarang sambung hanimun di Melaka. Hehe..

BEKERJA SENDIRI Vs. MAKAN GAJI

Apa pendapat anda tentang bekerja sendiri dan bekerja makan gaji?

Definisi bekerja sendiri ialah memiliki perniagaan atau melakukan kerja secara 'freelance' tanpa perlu patuh pada waktu bekerja, 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Bekerja makan gaji pula ialah bekerja di bawah waktu bekerja dan perlu patuh kepada syarat-syarat tertentu yang dikenakan terhadap seseorang pekerja.

Secara jujur saya katakan di sini, di atas dunia ini hanya ada dua golongan iaitu pekerja dan majikan. Anda yang tentukan sama ada untuk menjadi pekerja atau majikan. Semua ini bergantung atas kemampuan anda. Jika anda seorang yang aktif, pandai mencari peluang, dan mampu untuk mendapatkan projek, maka anda mampu untuk menjadi seorang majikan.

Jika anda seorang yang hanya mampu menurut perintah dan kurang berkeyakinan dalam sesuatu perkara, adalah lebih baik anda bekerja makan gaji. Ini lebih menguntungkan diri anda kerana setiap bulan anda tidak perlu untuk memikirkan bagaimana untuk menjelaskan bil utiliti, sewa beli kereta, rumah dan sebagainya.

Namun, setiap sesuatu itu pasti ada kelebihan dan kelemahannya. Sama seperti bekerja sendiri dan makan gaji. Apa yang saya dapat rumuskan di sini, jika anda seorang yang tidak suka dikongkong oleh waktu bekerja, adalah lebih baik anda mengusahakan perniagaan sendiri, atau lebih tepat; bekerja sendiri.

Walaubagaimanapun, bekerja sendiri mempunyai kelemahannya yang agak letih untuk difikirkan. Jika anda tidak mampu untuk mendapatkan projek, maka anda sedang berada dalam bahaya. Kepayahan ini akan mengundang pelbagai masalah dan spekulasi termasuk masalah kemerosotan kewangan. Itu adalah musuh utama dalam menjalankan perniagaan sendiri. Bagaimana untuk mencari projek? Itu adalah soalan yang anda patut tanya pada diri anda sendiri. Mampukah anda?

Bekerja makan gaji ini mempunyai kelemahan yang kecil, iaitu kekangan masa dan juga perbelanjaan anda. Namun, jika anda seorang yang bijak merancang, semua itu bukanlah satu masalah bagi anda. Gaji anda adalah terhad dan anda perlu akur dengan apa yang anda perolehi setiap bulan.

Bertindak dengan bijak dalam memilih untuk bekerja sendiri atau makan gaji. Anda yang menentukan hidup anda dan pilihan adalah di tangan anda. Renung-renungkanlah..

Secara jujur saya katakan di sini, bekerja/berniaga sendiri tidaklah semudah yang kita sangka. It's a true fact! Hanya mereka yang berkeyakinan tinggi sahaja mampu untuk melakukannya.

Antara Ide Dan Masa

Sesungguhnya masa amat mencemburui diri aku ini. sudah agak lama aku tidak kemaskini blog ini dan ianya sudah sedikit bersawang. maaf kerana aku bukanlah seorang blogger tegar sepertimana sahabat-sahabat yang lain.

Aku tak punyai banyak ide dan masa untuk update blog macam dulu. Aku cuma sempat baca mengenai Badrolamin Bahron dan aku rasa seakan terpanggil untuk menulis mengenainya. cuma bukan sekarang.

Baiklah rakan-rakan semua, aku ingin mengundurkan diri memandangkan esok Timb. Perdana Menteri akan hadir di Stadium Negeri, Terengganu dan aku harus ke sana. selamat malam semua orang Terengganu.

The Popular Entry