Minima Tetapi Optima

Saya sedang menjalankan kerja-kerja penambahbaikkan blog saya ini untuk menggunakan seminima yang mungkin widgets yang ada. Walaupun penggunaan widgets yang minima, impak daripada widgets dan blog ini dapat menghasilkan output seoptima yang mungkin.

Sedang Diselenggarakan



Beberapa widgets telah saya keluarkan dan mungkin saya akan memasukkan semula pages seperti sebelum ini dalam menyediakan satu ringkasan tahunan tentang perkara-perkara yang penting bagi saya. Kenapa saya menulis blog ini? Ianya seperti sebuah diari bagi saya untuk saya catatkan segala yang berlaku dalam hidup saya selain daripada memberikan pendapat dan juga komen tentang apa yang berlaku di dalam persekitaran saya.

Di samping itu juga, saya ada menulis beberapa entri berkaitan dengan politik, isu semasa, dan juga perkembangan di dalam negeri Terengganu di mana saya telah dibesarkan sehingga ke hari ini. Terang lagi nyata, saya ialah seorang yang pro-kerajaan dan sentiasa akan menyokong dasar kerajaan yang saya rasakan praktikal dengan pembangunan pada hari ini.

Sudi-sudikanlah untuk membaca blog ini.

Sistem Pertukaran Guru Secara Atas Talian

P/s : Sistem pertukaran guru secara online bagi bulan Jun 2012 sudah dibuka, tetapi di laman sesawang sistem tersebut masih lagi belum ada sebarang perubahan. Saya akan maklumkan dari masa ke semasa. Jika diizinkan Allah SWT.

No comments:

The Popular Entry