Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia. Perghhh.. dah macam wakil rakyat intro entri aku kali ni. Aku baru je lepas main bowling tadi. Tangan rasa macam nak tercabut, peha rasa ketat gilerr.. and urat belikat aku dah tergeliat rasanya. Jari jemari toksah cakap la... rasa kebas dan sengal-sengal macam bengkak!
Tapi itu bukanlah cabaran dan cubaan masa kini.. Tu sekadar mukaddimah kepada cerita yg aku nak share. Main bowling tadi sampai 9 games. Satu game bersamaan dgn RM5.50. Cuba bayangkan, berapa ringgit duit aku dah melayang kat situ. Total, RM49.50 dan itu belum termasuk makan tengah hari dan juga malam.. Just imagine, dalam sehari paling koman belanja RM100.00!
Buntu aku.. kalau org bergaji RM60.00-RM70.00 sehari, camne nak survive? Tak masuk duit minyak lagi.. Kepada yg isap rokok tu, jgn cakap la.. sekotak RM10.00 sekarang. Bagi mereka yg tak isap rokok tu, RM10.00 dh dikira bonus buat korang.
Meh sini kita buat kira-kira nak?
Gaji sebulan RM2000.00 dan selepas tolak EPF dan PERKESO, tinggal dlm RM1700.00 plus plus kan?
Sewa rumah berapa sebulan kat area korang? Kalau kat area tempat aku tinggal ni, dalam RM350 sebulan tak lari.. Dah tinggal RM1350.00 right?
Ada pakai kereta? Installment bebulan berapa? Paling busuk untuk Perodua Viva, RM400.00 sebulan.. Tinggal berapa duit gaji? RM950.00 plus plus, betul? Minyak kereta aku kira roughly RM10.00 sehari.. sebulan bermakna RM300.00 dah.. Lepas tolak duit minyak, tinggal RM650.00 balance gaji.
Makan camne? Korang makan berapa kali sehari? Aku kira 2 kali sehari dengan jumlah RM20.00 untuk keseluruhannya. Jadi, baki tinggal berapa? 30 hari darab dgn RM20.00 bersamaan dgn RM600.00, betul? Tadi balance lepas tolak duit minyak ialah RM650.00 dan selepas ditolak RM600.00, tinggal lagi RM50.00 dlm savings.
Jadi cabarannya ialah, berapa bulan korang perlu simpan untuk nak kahwin dengan hantaran / mas kahwin sebanyak RM10,000.00 tanpa termasuk kos majlis kenduri kendara? No wonder la zaman sekarang maksiat berkeliaran di merata tempat kan? Orang tak mampu kahwin rupanya.. Adehhhhh!
Nota kaki bangku :
Tu aku belum kira topup, bayar PTPTN, tol dan perkara-perkara lain lagi tu.. Agak-agak korang la kan, berapa gaji minima untuk hidup di zaman sekarang ni. Urm??
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
The Popular Entry
-
Bagi guru-guru yang akan mengisi Pentaksiran Aktiviti Kokurikulum ke dalam SPPBS . Di sini ada sedikit panduan berkenaan dengan jenis Badan...
-
Actually gambar ni dah nearly seminggu ada dalam berry aku. Kepada sesiapa yg berminat dlm bidang logistics. Inilah kebiasaannya tugas ka...
-
Alhamdulillah, tunang aku dah selamat dibedah dan masih dalam proses pemulihan. Dia harus berpantang makan dan dinasihatkan untuk tidak mela...
-
What the hell was in my mind before? Why I'd off-ed my system restore? My goodness! It'll be my last entry for this month until I ...
-
Daripada video ini, dapat disimpulkan bahawa pihak yahudi tergugat dengan seorang pemimpin Islam yang bernama Muammar Gadaffi. Masih belum s...
-
Bosan tak tahu nak buat apa hari ni. Aku duk merayap kat youtube cari lagu yang best untuk aku dengar. Terjumpa lagu ni. Check it out...
-
Hi, I will stop updating this blog starting from now. Hopefully this blog might be useful in the future for reference. I'm currently ac...
-
I don't know why but lately I feel like going the places that I've been before. I wanted to go to Malacca, Johor Bahru, Miri, etc ...
-
Bila tangki najis tersumbat, maka inilah jadinya. Sepetang aku timba air dalam tangki septic untuk alirkan air yg ada dalam tangki ke...
-
Tentera US sedang bertungkus lumus mengaman Libya sekarang ni. US mempunyai agenda tersendiri sebenarnya disebalik usaha mengamankan Libya. ...

No comments:
Post a Comment