Apa kaitan handset dengan kemalangan? Cerita dia macam ni...
Tadi waktu aku kat Hospital Besar Dungun hantar anak sepupu aku yang telinga dia dimasuki kutu khinzir, ada dua orang mamat yang dikejarkan ke hospital dengan van Jabatan Pertahanan Awam akibat mengalami kecederaan yang sangat serius setelah terlibat dalam kemalangan.
Sorang patah kaki, yang sorang lagi pecah muka. Ngeri gak nengok.. Seriau bulu roma dan serik tobat nak bawak kereta laju laju buat seketika. Selang beberapa minit kemudian, muncul sekumpulan mat remp masuk ke perkarangan hospital. Semua galas beg kat belakang.. Ye la, mana ada orang galas beg kat atas kepala kan?
Okey, maka bermula kisah kaitan handset dengan kemalangan tadi. Ada ke patut bebudak tu buat kecoh kat perkarangan hospital tu. Bising bising tanya dengan brader brader JPA tu ada nampak tak handset member dia sebab nak call family mangsa takde nombor. Punyalah keji manusia ni bila berlaku kemalangan macam tu, handset mangsa pon nak disaukiu. Bingai betul orang yang buat kerja macam tu...
Tak kesian ke kat mangsa. Dah la ditimpa malang.. Disaukiu pulak handset mangsa. Bak kata pepatah orang veteran, "Sudah jatuh ditimpa tangga". Orang yg mengsaukiu tu tak ada rasa bersalah ker? Mudah-mudahan Allah Ta'ala berikan pengsaukiu tu petunjuk agar dia bertaubat. Memang pesen macam tu ker? Kalau berlaku kemalangan, handset kena saukiu? Ada tak sesiapa yang pernah alami? Story sikit kat sini...
Nota kaki bangku : Sorry kalau cerita aku ni berbelit-belit.. Aku tengah nervous ni. Sistem saraf aku tak boleh berfungsi dgn baik dah. Kahkahkah...
The Popular Entry
-
Bagi guru-guru yang akan mengisi Pentaksiran Aktiviti Kokurikulum ke dalam SPPBS . Di sini ada sedikit panduan berkenaan dengan jenis Badan...
-
Istiadat Konvokesyen Universiti Pendidikan Sultan Idris berlangsung dari 13 Oktober hingga 17 Oktober 2010. Saya bergambar bersama tuna...
-
Hi, I will stop updating this blog starting from now. Hopefully this blog might be useful in the future for reference. I'm currently ac...
-
Lepas breakfast pagi tadi, gigi geraham sebelah kiri aku terasa sangat sakit. Pelbagai cara telah aku buat untuk mengurangkan rasa kesakita...
-
For those who might get the interest to buy and install Adobe Photoshop CC on their computers, please ensure that your system is compat...
-
HIGHBASE Strategic Sdn Bhd Position: Scaffolder Level 1 Requirements: Valid DOSH & OGSP Level 1 Scaffolding Certificate from ABM ...
-
As I promised before in my previous entry . Today, I want to show you in details on how to mobilize your blog (only for blogger.com platform...
-
Dua hari lepas, aku ada terbitkan entri tentang sektor pertanian yang sedang aku ceburi sekarang. Mungkin ada di luar sana yang ingin menget...
-
Phew! Nasib baik di belakang dekoder CCTV dalam bilik majikan saya ada VGA Out. Jika tidak, saya terpaksa mencari kabel VGA ke RCA Komponen...
-
Arkema Thiochemicals Sdn Bhd Position: Senior Purchaser (Terengganu - Kemaman - Kerteh) Requirements: Candidate must possess at le...


No comments:
Post a Comment