PIRANHA 3D

Piranha 3D
Sebenarnya tiada kesan 3D pun. DVD yang aku beli tempoh hari bukanlah ori. Cetak rompak punya. Jadi kesan 3D telah dibuang. Tak pasti pula macam mana mereka buang kesan 3D tu kerana aku bukanlah seorang penyunting filem.

Jika kesan 3D masih ada, aku terpaksa mencari cermin mata untuk kesan 3D tu. Apa yang kurang memuaskan tentang cerita ini ialah kesudahannya. Tiba-tiba cerita ni habis macam tu sahaja. Mana mungkin sebanyak-banyak ikan piranha yang ada tu mati dengan sekali letupan sahaja. Hilang akal ke apa?

Bagi ibu bapa dan juga orang dewasa. Jangan bagi kanak-kanak menonton filem ni. Rosak akhlak mereka nanti. Orang barat memang suka memunahkan orang kita. Tunjuk teladan yang tidak elok pada remaja-remaja kita. Patutlah banyak kes buang bayi sekarang ini. Dah lari dari topik ni.

Piranha 3D memang mencemaskan dan juga banyak darah! Kepada mereka yang alergi dengan darah, dinasihatkan jangan tengok. Juga kepada ibu-ibu yang tengah mengandung. Lepas bersalin nanti, tontonlah sepuas-puas hati. (:

No comments:

The Popular Entry