KUALA LUMPUR 6 Feb. - Usahawan bumiputera digesa tidak terlalu `berkira' memperuntukkan sejumlah wang untuk mengiklan dan mempromosikan produk serta perkhidmatan syarikat masing-masing.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Mohamed Khaled Nordin berkata, sikap ini dapat dilihat daripada jumlah usahawan bumiputera yang berbelanja dalam bidang pengiklanan adalah sebanyak satu peratus sahaja.
Katanya, keseluruhan jumlah perbelanjaan pengiklanan yang dilakukan oleh semua syarikat termasuk multi nasional pada tahun lalu adalah sebanyak RM4.5 bilion.
Beliau memberitahu, perbelanjaan pengiklanan yang dibuat oleh kumpulan tersebut adalah melalui media cetak seperti surat khabar manakala pengiklanan melalui televisyen pula terlalu kecil.
Beliau berucap pada majlis Pelancaran Segmen Usahawan dalam Program Malaysia Hari Ini (MHI) di Sri Pentas TV3, di sini hari ini.
Mohamed Khaled berkata, sikap mahu mendapatkan keuntungan segera setelah mengeluarkan perbelanjaan yang banyak dalam bidang pengiklanan juga perlu dibuang memandangkan ia akan menjejaskan pendapatan syarikat.
Sementara itu, mengenai segmen Usahawan tersebut Mohamed Khaled berkata, ia dilaksanakan dengan kerjasama stesen televisyen swasta TV3 yang disiarkan melalui program Malaysia Hari Ini (MHI) setiap Isnin hingga Rabu bermula pukul 8.30 pagi.
Jelasnya, program tiga minit itu akan memberi peluang kepada usahawan untuk mempromosi dan memperkenalkan produk masing-masing kepada orang ramai.
Buat permulaan ujar beliau, sebanyak 10 usahawan yang memiliki pelbagai produk dipilih untuk menjayakan program ini dan ia akan ditambah kepada 40 syarikat usahawan lain.
Nota kaki bangku :
Mungkin usahawan-usahawan dah boleh mula untuk mencari laman-laman sesawang yang mempunyai traffic tinggi bagi mempromosikan laman sesawang mereka atau memperkenalkan perniagaan mereka. Juga boleh menggunakan syarikat pengiklanan seperti Nuffnang! Go Nuffnang! This is the time to strike..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
The Popular Entry
-
Bagi guru-guru yang akan mengisi Pentaksiran Aktiviti Kokurikulum ke dalam SPPBS . Di sini ada sedikit panduan berkenaan dengan jenis Badan...
-
Lepas breakfast pagi tadi, gigi geraham sebelah kiri aku terasa sangat sakit. Pelbagai cara telah aku buat untuk mengurangkan rasa kesakita...
-
Apa pendapat anda tentang bekerja sendiri dan bekerja makan gaji? Definisi bekerja sendiri ialah memiliki perniagaan atau melakukan ke...
-
Assalamualaikum semua, Hari ni aku nak share dengan korang semua, macam mana nak buat senarai inventori. Tapi sebelum tu, apakah fungsi...
-
Sebenarnya, Amanah Saham Bank Islam (ASBI) adalah unit amanah. Ramai yang keliru dan bertanyakan tentang dividen dan juga risiko yang bakal...
-
Aku baru je selesai submit complaint pasal gangguan channel HD Astro. Baru-baru ni technician dorang dah datang untuk repair. Elok sekejap ...
-
Sabar tu separuh dari iman kan? Tapi kalau dah 800 disconnect dengan sendirinya, boleh bersabar lagi ke? Dah la internet tak stabil, line t...
-
Credit— SinemaMalaysia Al-Fatihah buat Allahyarham Omar Puteh, 72 atau lebih dikenali dengan nama Aimi Jarr yang telah kembali ke rahmat...
-
Assalamualaikum uols.. Dengan selamba wa buat entry tentang bowling ball. saja wa suka-suka nak post bowling ball kat sini. Brand Roto Gri...
-
I was stumbled at first when told by my wife that Ministry of Education (MOE) had launched a new system called Sistem Pengurusan Pentaksira...
3 comments:
hee..kemaen lagi part go nuffnang 2 ye. :P
hehe..harus..kate gliterati nuffnang..mesti kena semangat.. :p
Iklankan juga product anda di www.tinjau.net jgn risau ianya percuma seumur hidup. iklan anda juga akan secara automatik kan di update kepada hampir 3 juta pengguna2 facebook Malaysia. Semoga perniagaan anda bertambah maju. tq
Post a Comment